Halaman

Ahad, 3 Ogos 2014

Majlis Aidilfitri NKPUM @azwanbro Diserikan Dgn Penyerahan Dana RM20K #PemudaUMNO Utk #TabungBantuanPalestin #MediaPrima @NajibRazak @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @YBUDR #YTPS

Penyerahan sumbangan dana kutipan Pemuda UMNO sebanyak RM20 ribu kepada wakil Media Prima untuk mengisi Tabung Bantuan Palestin Media Prima menyerikan lagi Majlis Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Hampir tiga ribu lebih tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan di Ipoh, semalam.
Ketibaan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir.

Artis terkenal tanahair, Iqram Dinzly dan Fizo Omar.
Majlis yang bermula pada jam 2 petang tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin, Barisan EXCO Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, kepimpinan Pemuda UMNO Negeri dan pusat serta pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri dan Pusat.


YB Leong turut naik ke pentas untuk bersama pemimpin BN memotong pulut kuning dan memasukkan sumbangan peribadi beliau untuk Tabung Bantuan Palestin.
ADUN Malim Nawar YB Leong Cheok Keng dari parti DAP turut memenuhi jemputan Azwan selain beberapa orang artis terkenal seperti Fizo Omar dan Iqram Dinzly.

Pada majlis tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO turut menyampaikan cek sumbangan bernilai RM20 ribu kepada wakil Media Prima bagi mengisi Tabung Bantuan Palestin Media Prima.

Menurut Azwan, Pergerakan Pemuda UMNO berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM20 ribu untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Palestin Media Prima.

"Dana tersebut adalah hasil sumbangan YBU Holdings Sdn Bhd, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Yayasan Nur Ikhlas dan Persatuan RedColor," katanya.

"Pemuda UMNO akan meneruskan usaha mengutip derma untuk membantu saudara seagama kita yang Zmenjadi mangsa kekejaman Israel.

"Hari ini kita sekali lagi menggerakkan tabung kutipan bantuan tersebut dan ianya akan berterusan dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Media Prima bagi tujuan tersebut," katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Ipoh.


Menjawab soalan wartawan berkaitan krisis yang melanda Selangor, Azwan menyatakan pendirian bahawa Pemuda UMNO Malaysia bersikap tidak mengambil tahu masalah yang berlaku di negeri tersebut.

Tambah beliau lagi, kepimpinan Barisan Nasional mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Isu di Selangor, saya rasa ini adalah masalah dalaman mereka jadi kita di BN tidak perlu masuk campur.

"Kita ada tugas kita, kepimpinan Perdana Menteri mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu kita selesaikan terhadap rakyat dan negara," ujarnya.

Jelas beliau lagi, bukan peranan dan tanggungjawab kepimpinan UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor.


Azwan bersama Saudara Thinalan Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.
"Biarlah rakyat negeri Selangor dan Malaysia keseluruhannya membuat penilaian," katanya lagi.

Azwan berterima kasih atas kesudian orang ramai meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkannya bersama Pergerakan Pemuda UMNO Perak serta Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin bergambar bersama ahli Yayasan Transformasi Pasir Salak di Majlis Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Lagi gambar sekitar majlis, klik di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.