Halaman

Isnin, 18 Ogos 2014

#PemudaUMNO Mahu Ahli Berkelayakan Dilantik Dalam GLC - Ketua Pemuda @NajibRazak @Khairykj @azwanbro #peremajaanparti #transformasipolitik


Pemuda UMNO mencadangkan supaya anggota pergerakan itu yang layak dan berkebolehan diberikan peluang menjawat jawatan penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata ramai dalam kalangan Pemuda UMNO kini mempunyai pendidikan yang tinggi dan berkelayakan untuk memegang jawatan penting.

Menurutnya ia sebagai usaha menyuburkan pengkaderan anggota Pemuda dalam kepimpinan sebelum dipilih sebagai calon pada pilihan raya dan seterusnya memimpin parti dan kerajaan.


"Anggota Pemuda UMNO ketika ini bukan lagi sekadar berperanan menaikkan poster dan bendera sebaliknya mampu menjana idea segar kepada syarikat dan kerajaan.

"Ahli-ahli majlis (Pihak Berkuasa Tempatan) ada dilantik dalam kalangan pemuda, syarikat-syarikat GLC juga sekiranya orang muda daripada UMNO itu layak, mereka ini harus diketengahkan dalam lantikan syarikat kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Alor Gajah Melaka pada Ahad.

Turut hadir ketua UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Ketua Pemudanya Abdul Halim Daud.

Sebagai contoh, Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) sebelum menjawat jawatan menteri kabinet.

"Kita nak melihat proses peremajaan parti, tidak boleh terus mereka (pemuda) jadi calon (pilihan raya), kalau tidak ada pengalaman, mereka tidak tahu nak buat apa...jadi kita dedahkan mereka pada tugas-tugas yang lain dan bila tiba masa nanti, kita pilih mereka sebagai calon," katanya.

Di IPOH, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan pemuda UMNO Tambun dan Ipoh Barat mencadangkan agar had umur Ketua Pemuda ditetapkan setakat 40 tahun. Selanjutnya, baca di SINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.