Halaman

Khamis, 30 Oktober 2014

222 Calon #SPM2014 Terima Sumbangan Alat Tulis #YayasanTransformasiPasirSalak @azwanbro @zainolfadzi


Pagi ini, seramai 224 pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima set lengkap alat tulis sumbangan Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS).

Seperti penyampaian sumbangan alat tulis kepada calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada awal Oktober lalu, Jawatankuasa YTPS berkunjung ke 3 buah sekolah kerana tidak mahu mengambil masa kelas yang sedang berjalan.

Diketuai oleh Naib Pengerusi YTPS, Zulkipli Zakaria, Jawatankuasa YTPS memulakan kunjungan seawal jam 9 pagi berkunjung ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Ihyak Diniah, Kampung Gajah bagi menyampaikan set alat tulis kepada 21 orang calon SPM sekolah tersebut.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada merupakan destinasi kedua sebelum ke SMK Sungai Ranggam.

Calon SPM bagi SMK Changkat Lada adalah seramai 121 orang manakala calon dari SMK Sungai Ranggam seramai 80 orang.

Berucap ketika menyampaikan motivasi kepada calon-calon SPM yang hadir, Zulkipli mengingatkan bahawa peperiksaan SPM ini amat penting bagi semua pelajar menengah.

"Peperiksaan SPM ini merupakan peperiksaan yang penting bagi anda semua, keputusan dari peperiksaan ini akan menentukan kemanakah arah anda selepas ini.

Zulkipli turut menasihati agar pelajar-pelajar menjaga kesihatan dan keselamatan diri sepanjang peperiksaan berjalan.

Pada sebelah petang, Majlis Sumbangan Alat Tulis kepada calon SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPTM) akan berlangsung di SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak.

Pada sebelah malam, YTPS menganjurkan majlis bacaan Yasiin, solat hajat berjemaah bersama calon-calon serta ibubapa sebelum menyampaikan sumbangan alat tulis kepada 182 orang pelajar terbabit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.