Perkara tersebut diumumkan oleh YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.
Dr Zambry berkata, selain hospital baharu itu, pihak EPU juga telah memaklumkan kepada kerajaan negeri Perak berhubung pembinaan sebuah Institut Kemahiran Tinggi di Larut dan sebuah klinik kesihatan di Manjoi.
Seri Iskandar juga dikenali sebagai Bandar Universiti. Universiti Teknologi Petronas (UTP) & Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
"Jadi saya harap ianya akan dapat dilaksanakan pada kadar yang segera bermula pada tahun 2015 nanti," katanya.
Dr Zambry turut menjelaskan bahawa tiga projek besar itu yang akan memberi manfaat kepada penduduk setempat akan dilaksanakan dalam waktu yang terdekat, bukannya dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
Melihat kepada pembangunan infrastruktur yang begitu rancak di Seri Iskandar, pembinaan hospital baharu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan fasiliti ini amat diharapkan oleh penduduk Perak Tengah.
Selama ini, penduduk yang tinggal di sekitar Perak Tengah mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang yang terletak kira-kira 6 km dari Pekan Bota Kanan.
Hospital Changkat Melintang yang telah mula beroperasi pada tahun 1973 tidak memiliki kemudahan kesihatan yang lengkap bagi kes pesakit yang memerlukan rawatan khas.
Hospital Changkat Melintang. |
Hospital Changkat Melintang telah dibuka secara rasmi pada 23 Febuari 1973 oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.