Halaman

Sabtu, 11 Oktober 2014

#YayasanTransformasiPasirSalak Komited Bantu Pelajar Capai Kejayaan Cemerlang #PT32014 @azwanbro @ZainolFadzi @NajibRazak #UPSR #SPM


Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) memperlihatkan komitmen dan sikap keprihatinan dalam memberikan perangsang kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan tahun ini.

Untuk itu, YTPS telah mengadakan program motivasi dan sumbangan alat tulis kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan kali pertama Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula Isnin depan.

Bermula pada Khamis lalu, YTPS melalui Sekretariat Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh Saudara Norashid Bidin telah berkunjung ke 4 buah sekolah untuk bertemu dan memberikan motivasi sebagai suntikan semangat bagi mereka menghadapi peperiksaan nanti.


Ramelle mengetuai program motivasi dan penyerahan sumbangan alat tulis untuk calon PT3, Khamis lalu.
Delegasi YTPS diketuai oleh Timbalan Pengerusinya, Ramelle Ashram Tan Sri Ramli mengunjungi Sekolah Menengah Agama (SMA) Ehyak Diniah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada, SMK Sungai Ranggam dan SMK Sultan Abdul Jalil Shah di DUN Kampung Gajah bertemu dengan 416 orang calon PT3 sekolah terbabit. Baca di SINI.

Dan pada hari ini, YTPS menganjurkan pula Program Motivasi Pelajar dan Sumbangan Alat Tulis Untuk Calon PT3 SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah.

Seramai 330 pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM 2014 hadir seawal jam 9.00 pagi di Dewan SMK Dato' Seri Maharaja Lela bagi menyertai program motivasi tersebut.

Ceramah motivasi yang disampaikan oleh Encik Izamuddin Ismail, Penolong PPD Korikulum Kemanusian Perak Tengah berjaya menarik minat pelajar-pelajar yang hadir.

Pengerusi YTPS Khairul Azwan Harun tiba pada jam 12 tengahari bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan alat tulis kepada 189 orang calon PT3 SMK Dato' Seri Maharaja Lela. 

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sebelum itu menghadiri Retreat Biro IPT Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang.

Menyambut ketibaan beliau adalah Penolong Kanan HEM SMK Dato' Seri Maharaja Lela, YDP PIBG SMK Dato' Seri Maharaja Lela Zulkipli Zakaria, Pengerusi Sekretariat Pembangunan Modal Insan YTPS Norashid Bidin, Ahli Majlis MDPT Taufik Hassan serta barisan jawatankuasa PIBG dan guru-guru.

Berucap pada majlis tersebut, Azwan menekankan betapa pentingnya pelajar-pelajar berjaya dalam peperiksaan di peringkat sekolah menengah bagi meneruskan pengajian ke peringkat universiti atau pun kolej.

"Saya selaku pimpinan muda yang berasal dari Pasir Salak akan melakukan apa yang mampu bagi melihat pelajar-pelajar terutamanya di kawasan ini berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.


"Yang penting, saya ingin melihat pelajar-pelajar SMK Dato' Seri Maharaja Lela ini berjaya dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain di Perak Tengah," ujarnya lagi.

"Sumbangan ini sebagai galakan dan dorongan kepada pelajar-pelajar supaya lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menghadapi peperiksaan tersebut.


Azwan hadir merasmikan Hari Anugerah dan Kecemerlangan SMK Dato' Seri Maharaja Lela Tahun pada tahun 2012 dengan menyampaikan inisiatif kepada pelajar PMR dan SPM yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Baca di SINI.

"Bagi tahun ini, YTPS berjaya menyampaikan sumbangan alat tulis kepada keseluruhan 605 orang calon PT3 melibatkan 5 buah sekolah menengah kebangsaan di DUN Kampung Gajah.

Azwan menambah, aktiviti ini akan menjadi tradisi YTPS untuk masa-masa akan datang. YTPS akan terus membantu pelajar-pelajar di Parlimen Pasir Salak untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan yang menjadi agenda utama Yayasan Transformasi Pasir Salak dibawah Sekretariat Pembangunan Modal Insan yang dipengerusikan oleh Saudara Norashid Bidin.

"YTPS sedang merangka program yang sama bagi menyuntik semangat kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.



Idea penyampaian sumbangan alat tulis ini diilhamkan oleh ADUN Kawasan Sungai Manik yang juga penaung YTPS, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin.

Dato' Zainol melalui Pusat Khidmat DUN Sungai Manik telah berjaya menyampaikan sumbangan set lengkap alat tulis kepada 518 orang calon-calon PT3 yang bersekolah di SMK Dato' Sagor - 214 org, SMK Sg. Manik - 87 org
dan SMK Sultan Abdullah - 217 org.

"Saya mewakili Yayasan Transformasi Pasir Salak mengucapkan jutaan terima kasih kepada PPD Perak Tengah, Pengetua dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik demi memastikan kejayaan pelajar," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.