Halaman

Sabtu, 15 November 2014

#HariTerbuka: Jangan Anggap Pemuda Sebagai Ancaman Tetapi Harapan - @azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak #PemudaUMNO #TownHall


Jangan anggap Pemuda sebagai satu ancaman, sebaliknya terima dan didiklah kami sebagai satu harapan.

Demikian luahan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun ketika berucap pada sesi pembukaan Town Hall (perjumpaan awam) Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur disini, pagi tadi.

Beliau meminta agar senior UMNO menerima baik pemuda sebagai salah satu kombinasi terbaik untuk memajukan parti dan negara.

"Kita hormat pemimpin kita, kita perlu ada kombinasi diantara orang baru dan lama.


Menurutnya, sayap parti itu sentiasa setia dan menyumbang bakti kepada kemajuan organisasi politik tertua negara itu.

Tambah beliau lagi, dengan pengalaman yang dapat dikongsi bersama, pemuda UMNO akan lebih bersedia dan berkeyakinan untuk meneruskan kelangsungan perjuangan UMNO.

"Kita sentiasa bersedia memberikan khidmat terbaik kepada parti dengan pengalaman daripada pemimpin sedia ada," katanya.


Sesi Town Hall Meeting merupakan segmen pertama sempena penganjuran Hari Terbuka Pemuda UMNO Malaysia yang berlansung selama sehari di Dewan Tun Razak 2, PWTC, bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Hadir sama, Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Belia dan Sukan.

Hari terbuka itu memberi fokus kepada generasi Y (Gen Y) meliputi bandar dan desa dalam aspek pembelaan dan kos sara hidup golongan berkenaan.

2 lagi pengisian pada Hari Terbuka tersebut adalah Kongres Perumahan Rakyat dan pameran oleh biro-biro pergerakan tersebut.

Jelasnya, semua isu yang dibangkitkan pada sesi berkenaan merupakan luahan hati anak muda yang mahu melihat penambahbaikan dalam parti.

"Sesi ini menjadi suara generasi muda yang kita angkat kepada pucuk pimpinan dan ianya akan menjadi input buat mereka," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.