Halaman

Sabtu, 22 November 2014

Retreat #PemudaBN Malaysia Bermula, Perasmian Oleh TS Adenan Satem @khairykj @azwanbro


Seramai 350 anggota sayap pergerakan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada 13 parti komponen dan wakil daripada tiga NGO (pertubuhan bukan kerajaan) menghadiri Program Pemukiman Pemuda BN, yang diadakan di Kuching bermula semalam sehingga 23 November.

Bertemakan 'Jiwa Politik Masa Hadapan Gagasan Malaysia', program yang diadakan buat kali ketiga di Sarawak ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi BN negeri, Tan Sri Adenan Satem.

Dalam ucapan perasmiannya, Tan Sri Adenan Satem berkata, sikap ekstremis amat berbahaya kerana boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat di negara ini.

"Sewajarnya kita mencontohi rakyat Sarawak yang dapat hidup harmoni dalam satu keluarga biarpun berbeza agama dan etnik mahupun ideologi politik.

Tegas beliau lagi, tiada istilah 'pendatang' wujud di negara ini dan perkara itu harus dihormati.

"Kita perlu menghormati kontrak sosial yang dipersetujui sejak 53 tahun lalu apabila memberi kerakyatan kepada masyarakat Cina dan India secara jus soli.

"Tiada kompromi dalam isu membabitkan kaum dan agama kerana ia boleh menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakyat," katanya.

Turut hadir Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairy Jamaluddin, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairul Azwan Harun, Pengerusi Pemuda BN Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalannya Gerald Rentap Jabu.

Retreat Pemuda BN kali ini bertujuan untuk merencana gerak kerja dan dasar jangka panjang pergerakan Pemuda BN melalui pembentangan kertas kerja dan bengkel.

Bersesuaian dengan temanya, pembentangan kertas kerja memfokuskan beberapa topik berkaitan gagasan Malaysia, dan pengukuhan perpaduan kaum terutama di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung agar lebih memahami mengenai satu sama lain.

Dijangkakan, hasil dari bengkel pemukiman itu nanti , satu resolusi bakal dicapai sebagai dasar masa hadapan Pemuda BN Malaysia dalam mengharungi cabaran politik mendatang.

Majlis penutup akan diadakan pada Sabtu malam dan disempurnakan oleh Khairy dan Fadillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.