Halaman

Sabtu, 6 Disember 2014

@Azwanbro Bidas Tindakan Pemimpin Politik Minta Bantuan Luar Pertikai Perundangan Negara @NajibRazak @KhairyKJ #AktaHasutan #AnwarIbrahim #USA


Pemuda UMNO Malaysia membidas tindakan pemimpin politik tanahair yang meminta bantuan pemimpin luar dalam mengkritik sistem perundangan dan demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun melalui kemaskini laman twitter miliknya berkata, bila ada pemimpin politik minta bantuan luar untuk pertikai sistem perundangan dan demokrasi negara, apakah prinsip politiknya?

Beliau berkata demikian berikutan twitter Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menyatakan kebimbangan pihaknya berikutan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Dengan mempergunakan hubungan baik antara kedua-dua negara, Biden mempertikai keputusan Perdana Menteri mengekalkan Akta Hasutan yang menurutnya sebagai satu cara kerajaan menyekat pembangkang selain cuba mempengaruhi keputusan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang.

“Ketika hubungan antara Amerika Syarikat-Malaysia berkembang, penggunaan sistem perundangan dan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia untuk menyekat pembangkang menimbulkan persoalan tentang kedaulatan undang-undang,” katanya.

Biden juga mahu Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangannya semasa membuat keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Kes rayuan Anwar Ibrahim peluang penting buat Malaysia membetulkan keadaan dan menunjukkan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan badan kehakimannya,” katanya.

Anwar Ibrahim turut berkongsi twit Biden di laman facebook beliau dengan mengucapkan terima kasih atas sokongan Biden terhadap kes liwatnya.


Dalam twitter yang lain, Azwan menyifatkan Biden merupakan salah seorang pemimpin Amerika yang berjaya ditipu oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.