Halaman
▼
Sabtu, 13 Disember 2014
#GST Berkesan Elak Kartel Tertentu Monopoli Pasaran - @Azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ @ahmadmaslan @bharianmy
Setiap batang rokok yang anda bakar, menghirup segala macam jenis bahan kimia, nikotin dan tar. Selain mendekatkan diri anda dengan kanser paru-paru, ia juga adalah pendapatan cukai lumayan kepada kerajaan.
Cukai ini tidaklah dapat kerajaan belanja ke mana kalau tidak kepada subsidi hospital yang balik juga akan digunakan oleh perokok apabila menghadapi kanser dan
segala macam sakit akibat daripada aktiviti menyusahkan ini.
Konsepnya mudah, kerajaan mengenakan cukai pada barangan tertentu dalam bentuk cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang berbalik akan digunakan untuk belanja pembangunan, pengurusan dan lain-lain.
Maka rakyat tertanya-tanya apakah masalahnya sampai mahu pula dilaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan(GST)?
Selain menyakitkan diri dengan mengayakan syarikat tembakau dari Amerika Syarikat, masalah yang timbul ada kemungkinan RM13.50 yang dibayar perokok langsung tidak masuk ke-kantung kerajaan.
Ini sebenarnya masalah yang ada
sekarang. Ada banyak barangan di pasaran bukan sahaja rokok tetapi segala macam perkara yang mengelak daripada dikira, diaudit dan dicukai sama ada dalam bentuk
penyeludupan, penipuan dalam perakuan hasil atau dengan menggunakan lompong kosong dalam sistem percukaian negara.
Sistem yang ada sekarang tidak jelas.
Masalah dengan sistem cukai yang ada sekarang ini adalah ia tidak begitu jelas. Cukai jualan dan barangan (SST) dikenakan hanya pada barangan yang keluar
daripada pengilang, pengeluar atau pengimport sahaja. Kemudian kos cukai ini akan dimasukkan ke dalam harga jualan.
Saya beri contoh, katakan seorang pengimport telefon bimbit mula membeli 100,000 unit pada harga kos RM1,000 dan menjualnya pada pemborong pada harga RM1,500. Maka untuk setiap unit akan dikenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus. Maka harga jualan termasuk cukai pada pemborong adalah RM1,650 (anggaran kasar).
Jika semua peniaga mengikut undang-undang seperti ini, maka masalah tidak timbul, akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti dinyatakan tadi, cukai ini hanya dikenakan kepada pengimport atau pengilang dan tidak pada pemborong. Oleh yang demikian, apa yang berlaku pengimport dan pengilang akan
membuka syarikat pemborong sendiri untuk mengelak daripada membayar cukai.
Kita berbalik kepada contoh telefon bimbit tadi. Pengimport A membeli 100,000 unit pada harga kos RM1,000 seunit. Dia kemudian menjual setiap telefon berkenaan kepada sebuah syarikat pemborong kepunyaan adik, isteri, bapa, saudara atau sepupu sepapatnya pada harga RM1,001 dengan hanya mengambil untung RM1 sahaja.
Maka cukai yang perlu dibayar hanyalah RM101. Pemborong tadi kemudiannya akan menaikkan semula harga telefon berkenaan sebelum dijual kepada pengedar lain.
Monopoli barangan kumpulan tertentu.
Dengan taktik ini kerajaan kehilangan cukai sebanyak RM49 bagi setiap telefon bimbit.
Inilah kenyataan Yang berlaku pada hari ini iaitu dalam pasaran sebenarnya ada satu monopoli barangan yang dikawal oleh sekumpulan orang tertentu sahaja walaupun di luar nampak seperti ada persaingan.
Tak percaya? cuba pergi membeli sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat contohnya dan lihat sendiri. Di luar ada berpuluh kedai yang menjual produk sama, tetapi mereka semua mengambil stok dari
satu atau dua pusat yang sama.
Jika anda betul-betul perhatikan, anda tawarlah dekat 20 kedai sekalipun, penjimatan yang
anda dapat lebih kurang sahaja. Adalah jimat beza RM10 ke RM20. Itu pun sebab jurujual itu sanggup memotong komisyen.
Pengimport, pengilang dan pemborong kebiasaannya adalah orang yang sama. Sebab itulah ramai peniaga yang menjalankan perniagaan sendiri, membuka kedai
sendiri mendapati sangat susah untuk hidup membayar sewa kedai dan kos operasi dengan margin untung yang begitu kecil.
Jika anda perasan sesetengah kedai bo leh hidup dengan margin di bawah lima peratus kerana sebenarnya tuan kedai telah pun mendapat untung melalui pengedar, pemborong dan pengimport.
Sebab itu peniaga yang mengikut undang-undang, yang berniaga sendiri dan tidak menjadi sebahagian pakatan atau kumpulan tertentu tidak boleh hidup walaupun mendapat bantuan kerajaan kerana rantaian bekalan sebenarnya dikawal dan dimonopoli.
Sebab itulah kita memperkenalkan GST.
Berbeza dengan SST, GST ialah cukai yang dikenakan pada setiap transaksi jual beli tak kira daripada pemborong, pengilang,
pengedar dan peruncit hatta antara kedai dengan pelanggan sekalipun.
Dengan cara ini kita dalam melihat pergerakan barangan
itu secara telus dan menstabilkan pasaran daripada anasir monopoli, kawalan dan gangguan pakatan atau kartel, seterusnya memberi keadilan kepada peniaga kecil,
peniaga yang bersenditian yang mengikut undang-undang.
Tahu apa beza paling besar antara SST dan GST? Dalam sistem GST, cukai itu masuk kedalam kantung kerajaan berbanding kantung peniaga yang tidak bertanggungjawab
Itulah perbezaan sebenarnya.
Artikel ini ditulis oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun seperti yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 14 Disember 2014. MS 13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.