Halaman

Rabu, 31 Disember 2014

Pemuda Lemas Ketika Menjala Ikan Di Pulau Tiga #Banjir2014 #TohPadukaRaja



Hasrat empat orang anak muda untuk menjala ikan di satu saliran air di Ladang Sawit FELCRA Toh Paduka Raja terbantut apabila salah seorang dari mereka tergelincir dan tenggelam ketika cuba menyeberangi arus deras saliran tersebut.

Menurut rakan-rakan yang menyaksikan kejadian tersebut, Md Haris Johari, 20, cuba berenang untuk ke seberang saliran, namun gagal melawan arus yang mengalir deras lalu terjatuh dan dipercayai lemas pada jam 10 pagi tadi.


Arus deras yang mengalir melimpahi jalan ladang ini kesan dari limpahan air sungai yang membanjiri kawasan Kampung Pulau Tiga.
"Saya dah halang dia dari berenang ke seberang kerana air laju, tapi dia tidak hiraukan pesanan saya malah dia hulurkan tangan untuk mengajak saya berenang bersamanya.

Rakan mangsa, Hakim, 17 tahun.
Tiba di tengah saliran, saya lihat dia gagal melawan arus lalu terjatuh dan beliau timbul sekali sebelum tenggelam terus, " kata Hakim Yahya, 17 tahun.

Beliau berkejar ke rumah bapa mangsa di Padang Gertak untuk melapurkan kejadian tersebut.

Bapa mangsa, Johari Basir berkata, sebelum kejadian beliau cuba menghalang hasrat anaknya untuk menjala ikan di kawasan tersebut memandangkan air sedang naik dan mengalir deras.

Bagaimanapun, beliau menerima kejadian tersebut dengan redha dan berharap agar anaknya segera ditemui.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPD Perak Tengah serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Seri Iskandar bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima laporan kejadian tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, mangsa masih belum ditemui namun pihak JBPM dan penduduk kampung masih menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.