Halaman

Selasa, 6 Januari 2015

#BanjirMove: @azwanbro & Sukarelawan Bantuan #PascaBanjir #PemudaUMNO Tiba Di Kelantan @NajibRazak @KhairyKJ #YTPS #AidDrop


SEPERTI yang dijanjikan, pasukan sukarelawan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tiba di negeri Cik Siti Wan Kembang untuk misi bantuan pasca banjir mereka.



Misi yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang sekitar jam 9.30 malam dan terus melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut.

Biarpun banjir telah surut, mangsa-mangsa masih berada di pusat pemindahan berikutan kediaman mereka kebanyakannya musnah akibat banjir yang direkodkan sebagai paling buruk pernah melanda negeri itu.


Azwan di Pusat Pemindahan Sementara SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang.
Dalam kunjungan itu, Azwan menyampaikan sumbangan bantuan makanan serta set alat tulis kepada anak-anak mangsa yang akan memulakan persekolahan mereka 11 Januari depan.


Seterusnya, beliau bersama sukarelawan menziarahi kediaman penduduk kampung, bagi meninjau dan menentukan gerak kerja pembersihan yang akan mereka lakukan nanti.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang Sheikh Razali Sheikh Hamad turut meluangkan masa menyambut kedatangan Azwan dan pasukan sukarelawan.


Azwan meriba anak mangsa banjir ketika berkunjung ke kediaman mangsa.
Azwan dalam satu sidang medianya ketika program bantuan pasca banjir di Kuala Kangsar, Sabtu lalu berkata, Pemuda UMNO Malaysia telah menyenaraikan lebih 3000 orang sukarelawan Squad Cuci bagi membantu kerja-kerja pembersihan rumah serta kediaman mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat dengan bencana tersebut.

Dibawah kendalian Biro Keselamatan Awam Pemuda UMNO Malaysia, Squad Cuci melibatkan penyertaan sukarelawan dari kalangan ahli Pemuda UMNO dan pelbagai badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Baca di SINI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.