Halaman

Ahad, 18 Januari 2015

Bantuan #PascaBanjir & Beg Sekolah #YayasanTransformasiPasirSalak #KgGajah @azwanbro @NajibRazak @ZambryAbdKadir #YTPS





Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) turut bersama dengan 300 orang sukarelawan pelbagai agensi-agensi kerajaan menjayakan program bantuan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Panjang Ulu, Kampung Gajah, semalam.


Antara agensi-agensi yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Taiping (100 orang), Institut Perguruan Ipoh (80 orang), Sekolah Menengah Agama (SMA) Slim River (40 orang), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) (10 orang dan sebuah jentera).


Pengerusi YTPS merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun, Yang DiPertua (YDP) Majlis Perbandaran Taiping YBhg Dato' Abdul Rahim Md Arif dan Setiausaha MPT Encik Borhan Abdul Halim bersama dengan sukarelawan bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam 10 pagi dan berakhir jam 1 tengahari.

SK Pasir Panjang Ulu antara sekolah yang terjejas dan ditenggelami air selama lebih 20 hari banjir melanda Kampung Gajah.

Sekolah ini akan memulakan sesi persekolahan 2015 pada Isnin ini setelah ditunda selama 2 minggu seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia akibat banjir.

YTPS Sumbang 150 Beg Sekolah dan Alat Tulis.

Azwan bersama murid-murid SK Balun Bidai di Masjid Al Azhar Balun Bidai.
Selesai kerja-kerja pembersihan, YTPS menyampaikan sumbangan bantuan beg sekolah beserta set alat tulis kepada murid-murid SK Pasir Panjang Ulu.


Seramai 50 orang murid hadir bersama penjaga masing-masing di dewan sekolah berkenaan bagi menerima bantuan yang disampaikan oleh Azwan.

Hadir sama, Guru Besar SK Pasir Panjang Ulu, Zainal Anuar B. Haji Abd Rashid.

Selain murid-murid SK Pasir Panjang Ulu, 100 orang murid SK Balun Bidai turut menerima bantuan beg sekolah dan kelengkapan alat tulis tersebut.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Naib Pengerusi YTPS Zulkipli Zakaria dan berlangsung di Masjid Al Azhar, Kampung Balun Bidai pada jam 4 petang semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.