Halaman

Isnin, 26 Januari 2015

Jangan Campur Aduk Hak Mendidik Anak Dgn Hak Asasi Manusia - Tegas @Azwanbro @hjhrohanikarim @NajibRazak

 

“Sayangkan anak, tangan-tangankan. Dah tak relevankah kiasan Melayu ini?

Demikian tweet Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun dalam isu penggubalan undang-undang baharu yang dicadangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Dalam twitter yang sama, Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengingatkan pihak tertentu agar tidak mencampur aduk hak mendidik anak-anak dengan hak asasi manusia yang melampau.

"Jangan campur adukkan hak mendidik anak-anak dengan hak asasi manusia yang terlampau," tegas Azwan.

Datuk Seri Rohani dalam satu sidang media selepas menghadiri Santai Kopi O anjuran Komuniti Perhubungan Wanita 1Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, semalam.

Menurut beliau, akta baharu yang dalam proses akhir penggubalan itu akan diteliti oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibentang untuk kelulusan sidang Dewan Rakyat, Julai depan.


Jika diluluskan, akta tersebut bakal menggantikan akta sedia ada (Akta Kanak-Kanak 2001) yang akan mengklasifikasikan merotan anak sebagai satu kesalahan JENAYAH.


Akta Kanak-Kanak 2001 sedia ada sebenarnya telah memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda sehingga RM20,000.00 jika disabit kesalahan, dibawah Seksyen 31 dan 33.


Antara alasan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Rohani adalah negara telah menandatangani dan perlu akur dengan perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Sebagai seorang anak dan ayah, YPS juga merasa terpanggil untuk turut mengecam tindakan menteri wanita ini.

YPS tidak melihat isu ini sebagai peluang pembangkang menghentam kerajaan. Itu berkaitan dengan kepentingan politik.


Bagi YPS, isu ini melibatkan kepentingan masa depan negara, generasi muda hari ini bakal mengisi barisan kepimpinan akan datang dan ianya bergantung bagaimana cara kita mendidik mereka.


Perlukah kita tunduk dengan kehendak CRC tanpa mengambilkira tanggungjawab serta peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Rasulullah ﷺ bersabda, maksudnya; 

“Perintahkan anak-anakmu supaya mendirikan solat bermula pada usia mereka tujuh tahun. Pukullah mereka sekiranya enggan bersolat setelah berumur 10 tahun” (Riwayat Abu Daud)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.