Halaman

Sabtu, 31 Januari 2015

#NKPUM @Azwanbro Saran Kerajaan Perkenal Anugerah Khas Utk Pengeluar Turunkan Harga @NajibRazak @DatoHasanMalek @KhairyKJ @ZambryAbdKadir #KPDNKK


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun kelihatan bersungguh-sungguh mahu pihak pengeluar, pembekal dan pemborong menurunkan harga barangan seiring dengan penurunan harga bahan api.

Hari ini, beliau sekali lagi dilihat memuatnaik status twitter mencadangkan agar pihak kerajaan menyediakan anugerah khas kepada mana-mana pemborong, pembekal dan pengeluar yang bersetuju untuk menurunkan barangan keluaran mereka dengan kadar segera.

“Mungkinkah kerajaan perlu buat anugerah khas untuk pembekal, pemborong dan pengeluar agar mereka turunkan harga segera. #degil, ” katanya di twitter milik beliau.

Anugerah khas tersebut menurut Azwan sebagai satu galakan kepada pembekal, pemborong dan pengeluar yang masih berdegil untuk menurunkan harga.

Cadangan yang dikemukakan oleh Azwan ini juga dilihat seiring dengan saranan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar rakyat negara ini berbelanja dan membeli barangan buatan Malaysia.

"Dengan membeli produk buatan Malaysia, kita dapat mengurangkan aliran wang ke luar negara dan pada masa yang sama merangsang pembangunan industri tempatan," kata Perdana Menteri dalam rakaman siaran audio di laman http://www.najibrazak.com, semalam.

Rakaman audio itu boleh diikuti menerusi http://bit.ly/1ESJmp3.



Semalam, Azwan melalui laman twitter miliknya, telah memuatnaik status menggesa pihak pembekal, pemborong dan pengeluar prihatin dengan penderitaan rakyat dengan menurunkan harga barangan. Baca DI SINI.

Pihak yang terbabit, khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu meneliti cadangan Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia ini.

Selain KPDNKK, pihak kerajaan negeri juga boleh memainkan peranan mencari alternatif agar golongan pembekal, pemborong dan pengeluar dapat menurunkan harga bagi membantu meringankan kenaikan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.