Halaman

Khamis, 8 Januari 2015

#PemudaUMNO Bhgn #NibongTebal & #BukitKatil Agih Bantuan Di Kawasan Banjir Kg Gajah @azwanbro @rohazam #BanjirMove



Di Perak, DUN Kampung Gajah antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir berpunca dari limpahan air Sungai Perak dan memaksa hampir 3000 penduduk di pindahkan ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak 15 hari yang lalu.

Nasib yang melanda mangsa-mangsa banjir samada yang berada di PPS mahupun yang kekal di kediaman masing-masing  terus mendapat perhatian dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat Malaysia yang terkenal sebagai warga yang prihatin.


Hari ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail bersama 60 orang sukarelawan mereka hadir ke Kampung Gajah bagi mengedarkan bantuan makanan asas, air minuman dan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Bekerjasama dengan pihak Sukarelawan Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), sumbangan berjaya diserahkan ke beberapa buah kampung, antaranya Kampung Pulau Tiga, Kampung Empai, Kampung SMTE dan Kampung Balun Bidai.
Dato' Mahmud Zakaria (bertopi), Mohd Norhiesam Ismail dan Mohd Khatta.
Sumbangan disampaikan oleh ADUN Sungai Acheh YB Dato' Mahmud Zakaria kepada ketua-ketua kampung di bilik gerakan banjir masing-masing.

Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil Turut Hulur Bantuan

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil, Rohazam Bakar (gambar) dan sukarelawan UMNO Bahagian Bukit Katil hadir bersama bantuan makanan asas, air minuman berserta pakaian untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar DUN Kampung Gajah.


 

Mereka juga turut bekerjasama dengan sukarelawan YTPS dan YBUDR bagi menyampaikan dan mengedarkan bantuan yang dibawa.


Berpecah kepada 4 kumpulan, mereka mengharungi air banjir untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.

Selesai mengagihkan bantuan di Kampung Gajah, mereka menghantar bantuan selebihnya ke PPS Sekolah Kebangaan Dato' Yahaya Subban, Chenderong Balai.


Semoga segala usaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Penang dan Bukit Katil, Melaka diberkati oleh Allah SWT.

Sabtu nanti, YTPS akan sekali lagi menggerakkan sukarelawan mereka untuk misi bantuan pasca banjir selain mengagihkan bantuan bahan asas makanan untuk mangsa-mangsa di kawasan yang masih terjejas akibat banjir di Kampung Gajah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.