Halaman

Ahad, 8 Mei 2016

#RELA Platform Terbaik Rakyat Bantu Pelihara Keselamatan & Keamanan Negara - Brig Jen (K) RELA @Azwanbro @Zahid_Hamidi @RelaMalaysia #UKMR #PasirSalak #YTPS


Menyedari peranan RELA semakin penting dan mencabar, Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Perak Tengah buat kali ke 4 sejak 2013 yang lalu telah berjaya menganjurkan program tahunan Ujian Kemahiran Menembak RELA (UKMR) 2016 kali ke 4 di Lapang Sasar Air Kuning, Kampung Gajah, di sini, semalam.

Azwan mengetuai senarai penerima Pemakaian Pangkat Bersekutu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di bawah Kesatria Muda Keselamatan (KMK) yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato Sri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada NOV 2015 lalu.

Pengerusi YTPS, Brigedier Jeneral (K) RELA Haji Khairul Azwan Harun Kesatria Muda Keselamatan berkata, penganjuran program adalah bertujuan untuk memberi latihan, pendedahan, kecekapan dan selain menguji kemahiran anggota dan pegawai RELA mengendalikan senjata api.

Menurut beliau, ketika ini anggota RELA bukan sahaja menjaga lalu lintas ketika majlis tertentu diadakan, tetapi membantu pasukan keselamatan memastikan rakyat dan negara sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera.

Azwan menerima cenderahati yang disampaikan oleh Pemangku Pegawai RELA Daerah Perak Tengah, Puan Rogayah Mahmud.

“Dahulu, kita nampak RELA hanya menjaga lalu lintas di sekolah dan majlis tetapi kini RELA berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan di kawasan dengan mengadakan rondaan pada setiap malam di kawasan taman serta kampung.

Pertunjukan Kawad T-Baton oleh anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) IPD Perak Tengah.

"Tidak boleh dinafikan RELA mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat di samping membantu mengurangkan kadar jenayah di daerah ini menerusi sistem rondaan yang dilaksanakan mereka.

Azwan yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia turut melontarkan pujian berikutan peningkatan penyertaan golongan wanita dalam pasukan RELA Perak Tengah.

"Saya kagum dengan Pemangku Pegawai RELA Daerah Perak Tengah, Puan Rogayah Mahmud kerana pada tahun ini saya dapat melihat pertambahan anggota RELA wanita.

Dalam pada itu, beliau juga menyedari kurangnya penyertaan anggota lelaki khususnya golongan muda sebagai pelapis dalam pasukan sukarelawan beeuniform tersebut.

Untuk itu, Azwan menyarankan agar RELA Perak Tengah menganjurkan pelbagai program komuniti setempat yang boleh melibatkan penyertaan anggota lelaki dari kalangan belia tempatan.

“Kita mahu golongan muda menjadi pelapis pada masa akan datang dalam pasukan beruniform ini. RELA merupakan platform yang menyediakan peluang kepada rakyat yang setia untuk tampil membantu memelihara dan mempertahankan keselamatan dan keamanan negara,” katanya.

Beliau juga turut memberi jaminan bahawa beliau akan bersama-sama dengan pihak RELA Perak Tengah menganjurkan program seumpama ini di tahun akan datang.

"Sejak 4 tahun yang lalu, program UKMR ini merupakan program tahunan saya bersama dengan RELA Perak Tengah. In Shaa Allah, saya akan terus menjalinkan kerjasama untuk menganjurkan program ini di masa akan datang," ujarnya dan disambut gembira oleh anggota RELA yang hadir.

PPjKR Ahmad Abdul Wahab menyampaikan hadiah kepada para anggota RELA Perak Tengah yang menyertai ujian menembak.
Sementara itu, Pengarah RELA Perak, Penolong Pesuruhjaya Kanan RELA (PPjKR) Ahmad Abdul Wahab berkata, anggota RELA yang mendapat mata tertinggi dalam Ujian Kemahiran Menembak hari ini, akan mewakili RELA Perak Tengah untuk bertanding di peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM) Melaka.

Beliau turut melahirkan rasa syukur atas penglibatan YTPS sebagai sebuah NGO yang mengiktiraf peranan RELA dengan penganjuran program bersama seperti ini.

Perasmian penutup Ujian Kemahiran Menembak RELA 2016 hari ini disempurnakan oleh Kolonel (K) RELA Datuk Mohamad Safri Abd Aziz yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Hadir sama, ADUN Kawasan Kg Gajah YB Tuan Haji Abdullah Fauzi B. Dato Haji Ahmad Razali dan ASP Basri Ismail mewakili Ketua Polis Daerah Perak Tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.