Halaman

Sabtu, 11 Jun 2016

#PRKKualaKangsar: Naiktaraf #KUISAS, Agenda Utama Kak Mas Utk Golongan Muda Kuala Kangsar @Azwanbro @Khairykj @NajibRazak @Zahid_Hamidi #KakMasPilihanOrgMuda #KakMas4KualaKangsar


Kemenangan Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini akan menjadi kemenangan bermakna buat jentera Pemuda BN kerana BN mampu meneruskan agenda pembangunan Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khai-ril Anuar Wan Ahmad termasuk agenda melibatkan golongan muda.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata, Pemuda menerima dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran, apabila isteri beliau, Datin Mastura telah diangkat oleh pucuk pimpinan parti untuk menjadi calon BN bagi PRK Parlimen kali ini.

“Kita terima dengan hati terbuka kerana kita percaya Datin Mastura walaupun asalnya dari Negeri Sembilan, walaupun dia lahir dari negeri yang bukan dari tempat kita ini tetapi Datin Mastura telah sebati dengan kita di Kuala Kangsar ini sejak sekian lamanya,” ujarnya ketika berucap dalam program Santai Anak Muda bersama YBKJ di Kg Tanah Lepan di sini, 9 Jun yang lalu.

“Sebab itu kita berjumpa dengan jentera pemuda di semua PDM di sini, untuk kita pastikan dalam keterbatasan Datin Mastura untuk bertemu dengan kita, tetapi ia bukanlah penghalang kerana beliau dikenali, khususnya apabila Datuk Wan Khair-il menjadi wakil rakyat.

“Datin Mastura bukan orang asing di sini.  Beliau sentiasa berada di sisi Allahyarham suaminya sama ada ketika arwah suaminya menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, ketika menjadi ADUN Bukit Chandan dan ketika menjadi Ahli Parlimen, Datin Mastura sentiasa berada di sisi Allahyarham serta sentiasa membantu jentera-jentera yang ada bagi melengkapi peranan Datuk Wan Khair-il sebagai wakil rakyat kita.

“Kita nak memastikan perancangan dan agenda pembangunan yang dibawa oleh calon kita akan sama-sama dapat kita realisasikan dengan kemenangan beliau pada PRK Kuala Kangsar 18 Jun ini”, katanya.

Ini kerana menurut Azwan, Datin Mastura pada Khamis lalu telah pun menggariskan 5 agenda 'Memperjuangkan Harapan Orang Kuale' khusus untuk kemajuan dan pembangunan Kuala Kangsar jika beliau dipilih oleh pengundi pada 18 Jun ini.

“… antaranya menaik taraf Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) iaitu sebuah tempat untuk kita melahirkan modal insan khususnya anak-anak muda untuk mendapat ilmu di peringkat tertinggi dari kawasan Kuala Kangsar ini.

“Jika kita berjaya mengangkat KUISAS menjadi sebuah universiti awam, sudah tentulah lebih ramai generasi muda, anak muda yang berada di sini akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.

4 lagi agenda yang dinyatakan oleh Datin Mastura adalah,

  • Menyegerakan kelulusan projek Jambatan Manong,
  • Memohon kelulusan projek membesar dan melebarkan Jalan Manong Kuala Kangsar,
  • Menaik taraf Hospital Kuala Kangsar kepada hospital pakar dan,
  • Membangunkan semula lembah  dan tebing  Sungai Perak sebagai pusat pelancongan

Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut menyeru serta meminta agar seluruh jentera-jentera Pemuda BN di setiap PDM komited dan penuh keyakinan untuk menjadi agen pemasaran mewakili calon BN yang akan mengangkat wadah perjuangan anak-anak muda di Kuala Kangsar.

“Inilah masanya untuk kita pertahankan wadah perjuangan BN, jangan kita kurang keyakinan kerana calon ini adalah calon terbaik kita, calon yang boleh menjadi wadah perjuangan BN untuk anak muda yang berada di Parlimen Kuala Kangsar ini.

“Jentera Pemuda dalam tempoh tidak sampai 10 hari lagi ini diminta untuk mengenal pasti, mengenali siapa pengundi muda di bawah umur 40 tahun, mereka yang berada di luar kawasan untuk pulang 18 Jun ini dan memberikan undi mereka kepada Datin Mastura,” ujarnya.

Terdahulu, Azwan menghadiri 'Majlis Tadarus dan Berbuka Puasa Bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan di Masjid Kg Jeliang, Senggang.

Hadir sama di majlis tersebut, Pengerusi Pemuda BN Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, ADUN Chandan, YB Maslin Sham Razman serta anak Datin Mastura, Wan Emir Astar Datuk Wan Mohammad Khai-ril Anuar.

PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN yang diwakili Mastura, Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah menetapkan tarikh pengundian awal adalah pada 14 Jun dan hari pembuangan undi pada 18 Jun depan.

Sumber: MediaUMNO

P/S : 

YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak semalam telah meluluskan permohonan naiktaraf KUISAS menjadi sebuah universiti berkuatkuasa serta merta dan sebanyak RM43.5 juta diperuntukkan untuk membina Jambatan Manong, Kuala Kangsar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.