Halaman

Isnin, 29 Ogos 2016

Anggota Parti Perlu Bersatu Tentang Cubaan Tun M Bakar 'Khemah Besar UMNO' - @Azwanbro @NajibRazak #PemudaUMNO


PEKAN 28 OGOS - Semua anggota dan pemimpin UMNO perlu bersatu dan senada menentang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas pemimpin parti yang cuba membakar 'khemah besar UMNO' yang selama ini telah menaungi orang Melayu.‎

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, anggota UMNO perlu sedar Mahathir bukan lagi pejuang parti sepertimana 22 tahun beliau menjadi perdana menteri dan presiden UMNO.

"Dr Mahathir kini kita lihat cuba membakar 'khemah besar UMNO'. Sebaik meninggalkan parti beliau sanggup duduk semeja dengan pembangkang semata-mata nak hancurkan perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," tegas beliau ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, di sini, pagi semalam.

"Kita perlu bangkit dan halang beliau daripada melakukan perkara ini kerana khemah inilah yang menjadi tempat anak bangsa kita bernaung.


Selasa, 23 Ogos 2016

#PemudaUMNO Saran Kerajaan Wujudkan Badan Kawal Selia Deposit Pengguna - @Azwanbro @KhairykJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyarankan agar kerajaan menubuhkan sebuah badan serta akta khas bagi mengurus dan mengawal selia sejumlah wang deposit yang dibayar pengguna bagi mendapatkan perkhidmatan tertentu.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, pada masa ini tiada badan dan akta khusus yang boleh melindungi pengguna untuk mendapatkan kembali wang jaminan itu melibatkan sektor perkhidmatan, utiliti dan hartanah setelah tamat kontrak.

“Kita harap kerajaan dapat menubuhkan badan ini bagi memberikan situasi menang-menang antara pengguna dan pemberi perkhidmatan agar wang jaminan deposit itu tidak disalah guna atau dimanipulasi sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kelana Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, Azwan mempengerusikan 'Diskusi Meja Bulat' cadangan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Deposit (KWAD) di Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI) yang turut dihadiri oleh Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya.


Ahad, 14 Ogos 2016

Rakyat Perlu Tolak Kumpulan Talibarut Kuasa Asing Guling PM @NajibRazak - @Azwanbro @Zahid_Hamidi @KhairykJ



Tindakan segelintir parti-parti politik, pertubuhan serta individu termasuk bekas pemimpin negara yang rancak menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melibatkan campurtangan Amerika merupakan satu tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kestabilan politik negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, kumpulan yang mengundang penglibatan Amerika Syarikat disifatkan sebagai tali barut apabila tergamak bersekongkol dengan sebuah negara yang sentiasa menganggap diri mereka sebagai polis antarabangsa.

Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Tumpat menyambut ketibaan Azwan di SMK Berangan, Jumaat lalu.



“Penglibatan kuasa asing dalam urusan pentadbiran dan politik kita amat bahaya kerana tindakan mereka bakal mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negara,” katanya.


Negara-negara Islam sentiasa dijadikan sasaran oleh pihak luar dan selepas apa yang berlaku terhadap Turki baru-baru ini, kuasa asing tersebut kini menjadikan Malaysia sebagai sasaran.

Justeru, Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menyeru rakyat untuk menolak dan menentang kumpulan pembelot tanahair yang merisikokan keselamatan negara demi menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang sah.

“Jelas kepada kita, sesiapa sahaja sama ada kumpulan atau individu yang bekerjasama dengan pihak asing, ini merupakan sifat dan sikap seorang tali barut. Mereka ini perlu kita tentang.

"Sebagai warganegara Malaysia, kumpulan tersebut wajar berasa malu kerana tergamak bersekongkol dengan pihak asing dan semua rakyat perlu bangkit menentang mereka secara habis-habisan.

“Kita memang tidak boleh terima sebarang cubaan merosakkan sistem demokrasi yang ada sekarang kerana kita mahukan keamanan, kestabilan demi memaju dan mentadbir urus negara,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tumpat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan, di sini, pada JUMAAT yang lalu.

Turut hadir Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz serta Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Azam Ismail.

Sabtu, 6 Ogos 2016

@Azwanbro Tidak Kecil Hati Ditohmah, Tetap Komited Pertahan PM @NajibRazak | @Zahid_Hamidi @KhairykJ @PPUMonline


"Bahawa saya tidak berasa terguris atau berkecil hati keatas segala macam tohmahan dan gelaran yang dilontarkan kepada saya.

Demikian ujar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang dikecam berikutan tindakan beliau membuat laporan polis terhadap tiga individu bergelar Tan Sri yang didakwa berkonspirasi untuk mengguling Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Razak pada 26hb Julai lalu.

Bagaimanapun, setelah dirakam keterangannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat kenyataan rasmi untuk tidak meneruskan siasatan atas alasan laporan yang dikemukakan oleh Azwan bersandarkan kepada andaian.

Biarpun akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak polis, Azwan tetap mempertahankan bahawa laporan polis tersebut berdasarkan asas yang kukuh dan kebimbangan beliau terhadap perkara yang buruk menimpa kepimpinan negara.

"Saya yakin dan percaya bahawa tindakan (laporan polis) saya itu berdasarkan asas yang kukuh dan sebab-sebab yang kuat.

Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hassan (kanan) & Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdr Safri Mohamad Salih disidang media Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tapah malam tadi. 
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berjanji akan terus komited mempertahankan Presiden biarpun digelar dengan pelbagai nama oleh rakyat.

"Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara Khairy Jamaluddin sewaktu perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap Putrajaya.

"Bahawa kita tidak kira walau apa gelaran dilontarkan, dalam kita mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib, Pemuda pasti terus komited walaupun kita digelar dengan macam-macam nama,"Khairy Jamaluddin (Putrajaya).

"Tiada istilah kecewa, tiada istilah merajuk, tiada istilah berundur. Pantang berundur anak muda dalam mempertahankan kepimpinan dan kerajaan kita," tegas Azwan lagi.

Terdahulu, Azwan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tapah.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hasan.



#PemudaUMNO Teguh Pertahan PM, Gerak Usaha Perkukuh Keyakinan Akar Umbi - @Azwanbro @KhairykJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


TAPAHPergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakan usaha memberi penerangan kepada jentera mereka di peringkat akar umbi berkenaan cubaan pihak-pihak tertentu merosakkan sistem demokrasi dan kedaulatan negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkata beberapa kaedah penerangan akan digerakkan antaranya menggunakan aplikasi media sosial termasuk kaedah melalui ketua-ketua Pemuda UMNO negeri, exco-exco Pemuda UMNO Malaysia serta ketua pemuda bahagian di seluruh negara.

"Pertamanya, saya ingin memaklumkan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan menggerakan penerangan menjelaskan bahawa kita berhadapan dengan satu cabaran yang amat besar yang ingin merosakkan sistem demokrasi dan kedaulatan negara.

Pemuda UMNO berdiri teguh mepertahankan YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri, Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional yang sah dipilih secara demokratik melalui sistem demokrasi negara】- Khairul Azwan Harun.

"Untuk itu saya memberi peringatan, jangan ada mana-mana individu atau mana-mana NGO, atau pun mana-mana usaha yang bersekongkol dengan kuasa asing yang menggerakkan satu gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan negara sedia ada dan kerajaan Malaysia yang sah," tegas Azwan dalam satu sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tapah, di sini, JUMAAT.

Beliau yakin dan percaya, melalui usaha penerangan ini nanti kesetiaan ahli UMNO akan diperkukuhkan dikalangan ahli khususnya dikalangan ahli pemuda.

Dalam sidang media yang sama, Azwan sekali lagi mempertahankan tindakan laporan polis yang dibuat keatas tiga individu ternama negara 26 Julai 2016 lalu bukan berasaskan andaian semata-mata.

Malah menurutnya, beliau telah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak polis dengan hadir sendiri ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan selain kenyataan bertulis bagi menyokong dakwaannya.

"Saya telah  membuat kenyataan dalam sidang media saya 2 hari yang lalu, bahawa itu bukan andaian.

"Saya mempunyai sebab-sebab berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan saya, saya juga telah bekerjasama dengan pihak polis," tegasnya.

Azwan turut mengulangi keyakinannya bahawa laporan polis yang dibuatnya telah berjaya mematahkan cubaan menggulingkan Perdana Menteri.

"Yang penting, kami telah membuktikan bahawa kami mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib dari mana-mana usaha yang mahu menggulingkan beliau.

Beliau bersama ketuanya, YB Khairy Jamaluddin akan terus komited untuk mempertahankan Perdana Menteri seperti yang telah diamanah dan dipertanggungjawabkan.

"Saya percaya dan yakin, hasil dari gerakan penerangan ini UMNO akan akan terus diperkukuhkan diperingkat akar umbi dalam langkah memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya ke 14 nanti, In Sha Allah," katanya lagi.

Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hassan turut hadir di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian tersebut.

Khamis, 4 Ogos 2016

#PemudaUMNO, #PemudaNasDem & Pemuda #PDIPerjuangan Jalin Kerjasama Serantau Tangani Ideologi Radikal - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


JAKARTA (2 OGOS 2016) - Pergerakan Pemuda UMNO MALAYSIA bersama dengan rakan pimpinan pemuda dua buah parti Indonesia telah bersetuju menjalin kerjasama untuk menangani gejala ideologi radikal yang makin marak dikalangan golongan muda kedua- dua buah negara.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, sebuah forum akan dianjurkan bagi membincangkan segala usaha yang perlu untuk menghalang dan menghapuskan ideologi radikal, terrorisme dan ISIS dari terus berkembang bukan hanya di kedua-dua negara tetapi diseluruh rantau ASEAN.

KUNJUNGAN BALAS BERTEMU PEMUDA PARTAI NasDem


Membalas kunjungan Pemuda NasDem ke ke Kuala Lumpur pada Mac lalu, Azwan dalam rangka lawatan kerja ke Indonesia bersama delegasi Pemuda UMNO singgah ke ibupejabat Pemuda NasDem bagi mengeratkan lagi hubungan diantara sayap pemuda kedua negara itu.

Pertemuan yang berlangsung selama sejam itu memfokuskan isu besar dalam mencari mekanisma terbaik bagi menangani gejala radikalisme yang menjadi ancaman baru melibatkan golongan muda dikedua-dua negara.

"Peranan pemuda di Malaysia dan Indonesia sangat besar terutama dalam usaha memerangi gejala ideologi radikalisme dan terorisme. Kita perlu ada tanggung jawab untuk menyelesaikan hal itu.

"Terutama dalam soal pendidikan, anak muda mesti dididik dan diperkenalkan dengan bahaya ideologi ini.

Kami merancang untuk merencanakan sebuah forum yang melibatkan pemuda Ansor dan parpol yang ada di Indonesia," ujarnya lagi.

"Ini akan kita laksanakan dalam masa ter dekat, In Sha Allah tahun ini," tambah Azwan kepada wartawan dalam satu sidang media di Hotel J.W Marriot, Mega Kuningan, Jakarta Selatan, Selasa.

Ketua Pemuda NasDem, Prananda Paloh berharap kesepakatan Pemuda NasDem dan Pemuda UMNO memerangi radikalisme, terorisme dan ISIS ini akan menjadi contoh buat pimpinan pemuda di Asia.

"Pemuda NasDem dan Pemuda UMNO sepakat memerangi radikalisme, terorisme, dan ISIS di kedua negara. Gerakan ini diharapkan jadi contoh buat anak muda di Asia.

"Radikalisme yang tengah berkembang utamanya di anak muda harus dihapus. Salah satunya bisa dengan menggandeng gerakan pemuda terbesar di Indonesia, GP Ansor.

 "Masalah radikalisme saya rasa karena kita semua ini cukup baik dan bisa untuk melakukan komunikasi yang lebih intens, saya akan melakukan komunikasi dengan NU untuk melakukan konfrensi lebih bagus," ujar Prananda lagi.

Nantinya konfrensi ini akan dibuat dengan skala besar. Tak hanya Malaysia dan Indonesia, anak muda dari negara lain juga diundang.

Selain membicarakan masalah radikalisme dan terorisme, Prananda juga meminta bantuan dari pemuda Malaysia berkenaan pertukaran pelajar Malaysia ke Indonesia.

Pertemuan Bersama DPP PDI Perjuangan


Selain mengadakan pertemuan bersama pimpinan Pemuda NasDem, delegasi Pemuda UMNO terlebih dahulu mengunjungi DPP PDI Perjuangan bagi bertemu pimpinan pemuda parti tersebut.

Delegasi Azwan disambut mesra oleh Ketua DPP PDI Perjuangan Bidang Kepemudaan dan Olahraga, Sukur H Nababan serta jawatankuasanya.

Hasil pertemuan tersebut, kedua-dua pimpinan bersetuju bahwa dalam usaha membangunkan negara, kesedaran bahawa ideologi radikal itu tidak baik perlu dipupuk dikalangan pemuda yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara.

“Pemuda dituntut lebih kreatif dan mempunyai jatidiri untuk berhadapan dengan cabaran masa depan," ujar Sukur.

Pihaknya juga meminta Pemuda UMNO menjadi fasilitator dalam melindungi warga negara Indonesia yang berada di Malaysia,” ujarnya.

“Kami akan membangun komunikasi yang lebih intensif untuk memberikan rasa aman kepada WNI sekaligus menangkal paham radikalisme.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang media selepas pertemuan tersebut, Azwan melahirkan rasa gembira atas hubungan dan kerjasama yang terjalin dengan PDI Perjuangan selama ini, terutama berkaitan dengan kesepakatan memerangi gejala radikalisme dan terorisme di kalangan pemuda.

Tambahnya, Malaysia memiliki keupayaan dan pengalaman bagaimana mendidik para pemuda untuk mencegah bahaya ideologi radikal.

"Pemuda UMNO bertekad menguatkan hubungan baik Indonesia-Malaysia, setelah sebelumnya dikuatkan antara Presiden Joko Widodo dan Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Razak,"

Pertemuan dan hasil perbincangan Pemuda UMNO bersama Pemuda PDI Perjuangan dan Pemuda NasDem akan disampaikan pada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri ketika itu turut berada di Indonesia untuk satu acara.

Turut sama dalam delegasi tersebut adalah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, YBhg Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz dan Pengerusi Media Baru Pemuda UMNO, Saudara Ibdillah Ishak.


Laporan Polis Untuk Halang Komplot Guling PM - @Azwanbro @NajibRazak


"Laporan polis yang dibuat adalah kerana tanggungjawab untuk mempertahankan kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia.

Demikian tegas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media khas beliau di Kelana Jaya, petang semalam.



Dalam laporannya, Azwan mempercayai wujud konspirasi melibatkan tiga individu ternama di negara ini untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

3 individu yang dinamakan dalam laporan polis bertarikh 26 Julai 2016 itu adalah bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau juga percaya, hasil laporan polis tersebut, cubaan terancang pihak tertentu untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia telah berjaya dipatahkan.

“Kami membuat laporan polis dengan harapan untuk menghalang perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku, dan Alhamdulillah ianya tidak berlaku,” kata beliau lagi.

“Kami berasa bersyukur dan gembira kerana berjaya mematahkan satu cubaan untuk menggulingkan beliau dan kami komited untuk terus melaksanakan tanggungjawab kami ini dan saya ingin memesan kalau kamu menyerang Najib, bermakna kamu menyerang UMNO dan Barisan Nasional.

Polis bagaimanapun menutup kertas siasatan selepas merakam keterangan Azwan yang hadir sendiri ke Ibupejabat Polis Bukit Aman, 29 Julai yang lalu.

Pihak polis berpendapat laporan polis yang dibuat oleh Azwan bersandarkan kepada andaian dan mereka tidak akan memanggil 3 individu yang dinamakan untuk diambil keterangan.

Penutupan kertas siasatan dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ditanya mengenai perkara berikut oleh pemberita, Azwan tegas mempertahankan maklumat yang beliau miliki bukan sekadar andaian.

“Laporan saya bukan andaian, ianya satu laporan polis yang saya buat. Saya telah buat laporan polis dan saya difahamkan IGP tidak akan meneruskan siasatan dan tiada tindakan diambil terhadap saya.

“Laporan saya adalah berdasarkan keyakinan dan kepercayaan saya, saya melakukan perkara tersebut untuk meminta polis menyiasat, saya sendiri mahu buat laporan polis,” ujarnya lagi.

Beliau juga berkata tidak menyesal dengan laporan yang dibuat dan tidak akan meminta maaf kerana membuat laporan polis berkenaan.

Tambahnya laporan polis tersebut tidak akan terhenti setakat laporan polis sahaja dan pihaknya akan memastikan tangungjawab yang diamanahkan untuk mempertahankan Perdana Menteri yang sah.


Isnin, 1 Ogos 2016

#MajlisAidilfitriYTPS: @Azwanbro Ajak Rakyat Tolak Anasir Gugat Keamanan & Keharmonian Negara - @NajibRazak @Zahid_Hamidi @ZambryOfficial #YayasanTransformasiPasirSalak


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) yang diadakan di Pasir Salak, semalam berlangsung meriah dalam suasana harmoni hari raya seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun ketika berucap dimajlis tersebut mangajak rakyat Malaysia untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara agar generasi akan datang dapat merayakan perayaan ini dalam suasana yang dikecapi hari ini.

"Kerana keamanan dan kestabilan tanahair, setiap tahun rakyat negara ini dapat merayakan hari kebesaran agama masing-masing dalam suasana aman dan tenteram.


Menurutnya, bagi mengekalkan situasi aman ini, rakyat perlu menolak sebarang anasir atau usaha mana-mana pihak yang dilihat cuba menanamkan kebencian kepada pemimpin dan kerajaan hari ini.


Tindakan mereka ini, bukan hanya akan menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat berbilang kaum malah mampu menggugat keamanan dan keharmonian negara.

"Lebih membimbangkan kita, mereka yang terbabit dilihat mula bersekongkol dengan pihak asing apabila usaha mereka mempengaruhi minda rakyat untuk bersama mereka gagal.

"Kita wajar mempertahankan kerajaan yang telah kita pilih pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu dan kita juga perlu mengecam tindakan mana-mana individu atau kumpulan yang bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri (PM) YAB Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan kerajaan yang sah dan rakyat perlu memberi ruang kepada beliau untuk mentadbir negara seperti yang telah dilakukan oleh 5 orang Perdana Menteri sebelum beliau.

"Campurtangan pihak luar akan mengkucar-kacirkan negara dan menghancurkan keamanan yang kita kecapi hari ini, seperti yang telah terjadi di beberapa negara lain di dunia.

"Sebagai rakyat kepada sebuah negara berdaulat dan merdeka, menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan kesejahteraan ini dengan menolak sebarang cubaan pihak-pihak tertentu yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara," ujar Azwan yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Dalam majlis yang sama, YTPS turut menyerahkan bantuan kewangan bulanan kepada 30 orang anak-anak angkat YTPS terdiri dari pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini.

Penyerahan bantuan disempurnakan oleh YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang juga Penaung YTPS sejak ianya ditubuhkan sehingga kini.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS, Ramelle Ashram Tan Sri Ramli, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Khairul Sharil Mohamed dan Pengetua SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak Cik Hajjah Aishah,