Halaman

Isnin, 1 Ogos 2016

#MajlisAidilfitriYTPS: @Azwanbro Ajak Rakyat Tolak Anasir Gugat Keamanan & Keharmonian Negara - @NajibRazak @Zahid_Hamidi @ZambryOfficial #YayasanTransformasiPasirSalak


Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) yang diadakan di Pasir Salak, semalam berlangsung meriah dalam suasana harmoni hari raya seperti tahun-tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Khairul Azwan Harun ketika berucap dimajlis tersebut mangajak rakyat Malaysia untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara agar generasi akan datang dapat merayakan perayaan ini dalam suasana yang dikecapi hari ini.

"Kerana keamanan dan kestabilan tanahair, setiap tahun rakyat negara ini dapat merayakan hari kebesaran agama masing-masing dalam suasana aman dan tenteram.


Menurutnya, bagi mengekalkan situasi aman ini, rakyat perlu menolak sebarang anasir atau usaha mana-mana pihak yang dilihat cuba menanamkan kebencian kepada pemimpin dan kerajaan hari ini.


Tindakan mereka ini, bukan hanya akan menyebabkan perpecahan dikalangan rakyat berbilang kaum malah mampu menggugat keamanan dan keharmonian negara.

"Lebih membimbangkan kita, mereka yang terbabit dilihat mula bersekongkol dengan pihak asing apabila usaha mereka mempengaruhi minda rakyat untuk bersama mereka gagal.

"Kita wajar mempertahankan kerajaan yang telah kita pilih pada Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu dan kita juga perlu mengecam tindakan mana-mana individu atau kumpulan yang bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan kerajaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri (PM) YAB Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan kerajaan yang sah dan rakyat perlu memberi ruang kepada beliau untuk mentadbir negara seperti yang telah dilakukan oleh 5 orang Perdana Menteri sebelum beliau.

"Campurtangan pihak luar akan mengkucar-kacirkan negara dan menghancurkan keamanan yang kita kecapi hari ini, seperti yang telah terjadi di beberapa negara lain di dunia.

"Sebagai rakyat kepada sebuah negara berdaulat dan merdeka, menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan kesejahteraan ini dengan menolak sebarang cubaan pihak-pihak tertentu yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara," ujar Azwan yang juga Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Dalam majlis yang sama, YTPS turut menyerahkan bantuan kewangan bulanan kepada 30 orang anak-anak angkat YTPS terdiri dari pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini.

Penyerahan bantuan disempurnakan oleh YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak yang juga Penaung YTPS sejak ianya ditubuhkan sehingga kini.


Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS, Ramelle Ashram Tan Sri Ramli, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Khairul Sharil Mohamed dan Pengetua SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak Cik Hajjah Aishah,


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.