Halaman

Ahad, 11 September 2016

#PemudaUMNO Tuntut @TengChangYeow Mohon Maaf Secara Terbuka Kpd @Zahid_Hamidi - @Azwanbro @NajibRazak #UMNO #BNPulauPinang


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menuntut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow agar memohon maaf kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kenyataannya terhadap parti itu.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menyifatkan kenyataan Teng yang menyalahkan UMNO atas kehilangan Pulau Pinang kepada pembangkang sebagai kurang maklumat, terburu-buru dan tidak matang.

"Teng tidak diberi taklimat mengenai perkataan yang tepat digunakan Zahid ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau sebelum keluar dengan pernyataan itu."

"Beliau perlu memohon maaf kepada Datuk Seri Zahid, jika tidak, lepaskan jawatan pengerusi untuk mereka yang lebih layak, " tegas Azwan dalam satu sidang media selepas upacara perasmian Mesyuarat UMNO Kepala Batas di Institut Latihan Perindustrian oleh Datuk Seri Zahid, di sini semalam.

Sebagai pengerusi BN negeri, Teng seharusnya tidak cepat melatah memandangkan apa yang diungkapkan oleh Zahid adalah satu teguran membina yang sewajarnya menjadi pedoman buat pemimpin itu memantapkan lagi jentera Barisan Nasional di Pulau Pinang.

"Parti-parti komponen Barisan Nasional mesti bekerja secara serentak untuk merampas kembali pentadbiran Pulau Pinang.

Kenyataan Teng sudah pastinya tidak membantu BN merealisasikan hasrat tersebut," ujar Azwan.

Azwan yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia menggesa Teng membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Zahid sebagai tanda kematangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.