Halaman

Sabtu, 26 November 2016

#KLIYD2016: Memperkasa Belia Utk Masa Depan Cerah & Selamat - Pengerusi KLIYD @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @Zahid_Hamidi


Penganjuran sulung Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2016 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini berjaya mengumpulkan lebih seribu belia dari kalangan pemimpin muda.

Wacana yang turut melibatkan penyertaan beberapa panelis antarabangsa ini disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Razak pada jam 11.30 pagi tadi manakala perasmian penutup oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sebelah petang.

Pengerusi KLIYD, Khairul Azwan Harun berkata, penganjuran KLIYD ini bertujuan menyediakan satu platform bagi anak-anak muda terdiri dari pimpinan pemuda samada pimpinan mahasiswa atau badan-badan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) ataupun politik untuk berinteraksi dengan pembuat dasar.

"Dengan tema 'Memperkasa Belia Untuk Masa Depan Yang Cerah dan Lebih Selamat', wacana ini terbuka pada para peserta mengutarakan aspirasi minda muda mereka berhubung permasalahan sosial dan isu-isu geo-politik dengan keutamaan tumpuan isu keselamatan, kedaulatan, budaya dan peranan agama.

Pada penganjuran KLIYD kali ini, kita turut membincangkan isu keganasan dan keselamatan. Kerana pada hari ini kita berhadapan dengan cabaran kumpulan radikalisma dan ekstrimesma yang ada," ujar beliau lagi.

Kita berharap wacana ini akan membuka peluang kepada kalangan belia kita melakar naratif baru yang mana hasilnya pasti membawa generasi muda kita ke dalam keseragaman dan kolektiviti dalam memerangi radikal dan ekstrimisme dimasa depan," katanya dalam wawancara Buletin 1.30 TV3, tengahari tadi.

Azwan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yakin kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib sentiasa mendengar suara dan aspirasi anak muda yang dahagakan pembangunan serta jaminan masa depan yang baik dan selamat.

Perdana Menteri dalam ucaptama perasmiannya berkata, suara dan aspirasi anak muda sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam mencorak pembangunan negara.

Tambah beliau lagi, kerajaan sedar belia masa kini diselubungi pelbagai masalah, khususnya pengangguran, perpecahan sosial dan peningkatan kos sara hidup di bandar.

Rangkaian masalah itu, katanya, secara tidak langsung menyumbang kepada gerakan radikal, sekali gus menyebabkan belia terjerumus ke dalam kancah militan yang boleh menggugat keamanan negara.

Justeru, kerajaan akan menjalankan tanggungjawab untuk merangka masa depan yang lebih selamat, terjamin dan dinamik untuk golongan belia.

"Belia ialah masa depan kita, justeru menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merangka masa depan yang lebih terjamin dan dinamik untuk mereka," ujar beliau.

Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Pengarang Urusan Kumpulan The News Straits Times Press (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.