Halaman

Isnin, 26 Disember 2016

@cmLimGuanEng Perlu Cermin Diri - Senator @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi #DAP #BN


Pemimpin DAP Lim Guan Eng harus melihat cermin dirinya sendiri dan merenung semua tindakannya sebelum menuduh Putrajaya menjadikan Malaysia negara yang gagal.

Senator Barisan Nasional (BN) Khairul Azwan Harun berkata demikian merujuk kepada kenyataan malam Krismas daripada Lim yang mendakwa Malaysia sebuah negara yang gagal dan dasarnya hanya untuk golongan elit.

“Lim perlu memikirkan tindakan sendiri selepas didakwa di mahkamah kerana memperoleh wang suapan untuk dirinya sendiri dan kemudiannya membeli banglo Pinhorn Road di bawah harga pasaran,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Lim juga mengkritik, mereka yang menyuarakan hak mereka didiamkan dan ditakutkan.

“Tetapi Lim harus melihat dirinya dalam cermin selepas dihukum rakan ahli DAP Teh Yee Cheu yang mengambil berat tentang alam sekitar, mengundi cadangan BN yang semua pembangunan penambakan tertakluk kepada pendengaran awam.

“Malah ahli DAP berbangsa India terus menghadapi halangan apabila mereka cuba mengkritik kepimpinan DAP,” katanya sambil menambah Lim adalah “narsisistik dan hipokrit”.

Lim memetik “4 kebebasan” yang dibawa bekas presiden Amerika Syarikat Franklin Roosevelt iaitu kebebasan daripada rasa takut bagi menunjukkan bagaimana kerajaan BN menukar negara ini sebagai negara yang gagal.

Bagaimanapun, memandangkan Lim gagal melaksanakan apa yang dikatakan, Khairul berkata Roosevelt akan malu kerana kata-katanya dipetik ketua menteri Pulau Pinang.

“(Lim) adalah seseorang yang mempraktiskan polarisasi perkauman melalui penyebaran ketakutan politik.

Khamis, 8 Disember 2016

Tidak Mahu Panjangkan Pertikaian Dgn @LiowTiongLai, Niat Saya Mengingatkan Pemimpin BN Akan Bahaya #DAP - Ujar@Azwanbro @MCAHQ #PemudaUMNO #BN #YBS1B


Naib Ketua Pemuda UMNO, YB Senator Khairul Azwan Harun tidak mahu memanjangkan pertikaian antara beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana saya percaya kita semua matang dan berada dalam politik cukup lama untuk memahami niat sebenar ucapan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai Dewan Negara Senator pada hari Rabu .

Katanya, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu itu kerana beliau telah menyatakan dengan jelas dalam ucapan penangguhannya semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

"Niat saya hanya untuk mengingatkan pemimpin parti komponen dan masyarakat Cina secara umum," tegas Azwan.

Liow dalam satu kenyataannya menegaskan bahawa MCA mahu mengambil kembali tiga kerusi yang dipinjamkan semasa pilihan raya umum lalu.

Tiga kerusi tersebut adalah Wangsa Maju, Kuantan dan Gelang Patah yang dimenangi oleh pembangkang.

Azwan bertindak balas dengan mengatakan bahawa apa-apa permintaan adalah tidak produktif dan beliau turut menyarankan Liow bertemu YAB Perdana Menteri bagi mendapatkan nasihat.

Beliau berkata parti-parti komponen Barisan Nasional perlu memberitahu pengundi mengenai bahaya DAP.

Rabu, 7 Disember 2016

YB Senator @Azwanbro Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Negara #PemudaUMNO #YBS1B


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang dilantik sebagai senator, mengangkat sumpah taat setia sebagai Ahli Dewan Negara bersama 5 lagi senator baru yang lain, di sini hari ini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan dihadapan Yang DiPertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran.

5 senator yang lain adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka, YB Sen. Datuk Rabiyah binti Ali; Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, YB Sen. Datuk Hj. Hanafi bin Hj. Mamat; Ketua UMNO Bahagian Seputeh, YB Sen. Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff; Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, YB Sen. Dato' Fahariyah binti Md Nordin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Ayer Hitam, YB Sen. Puan Hajah Rahemah binti Idris.

Tahniah boss.


Jumaat, 2 Disember 2016

#PRU14: #MCA Perlu Keluar Dari Perangkap Naratif & Pembulian Cauvanis #DAP - Tegas @Azwanbro @LiowTiongLai #BN #PAU2016


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mengingatkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai agar berhenti terlebih melatah dan menuding jari jikalau pemimpin-pemimpin MCA takut berhadapan dengan pemimpin DAP.

"Dato' Seri Liow tidak seharusnya mengatakan kegagalan MCA dalam memperolehi undi kaum Cina dalam pilihanraya adalah masalah BN sedangkan MCA takut menyaingi parti DAP.

"Ramai orang hairan mengapa pemimpin-pemimpin MCA tidak berani mengkritik pemimpin DAP.

"MCA sepatutnya mencontohi kepimpinan UMNO ketika berhadapan dengan isu fundimental Islam yang amat sensitif, UMNO tetap dengan pendirian sederhana dan sedia mengambil risiko demi kerukunan BN," tambah Azwan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkannya hari ini sebagai mengulas kenyataan Liow semalam yang mengkritik intipati ucapan penangguhan Naib Ketua Pemuda itu.

Mengulas lanjut, Azwan berkata, MCA sepatutnya tampil mengajak pengundi Cina merenung sejenak semangat di sebalik ucapan saya.

"Bukankah banyak bukti bagaimana melalui BN kepentingan masyarakat Cina terbela contohnya sekolah Cina yang walaupun banyak desakan dibuat tetapi MCA mampu mempertahankan kerana inilah semangat BN sebenar.

"Jadi janganlah hanya inginkan yang manis manis sahaja tetapi soal risiko dan berhadapan dengan DAP diambil jalan selamat," tegas beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Azwan yang juga dikenali sebagai Azwanbro turut menzahirkan keyakinan bahawa ramai ahli-ahli MCA mahu melihat pemimpin mereka berani dan lantang lawan musuh politik.

"Presiden MCA keluarlah dari kepompong pemikiran selesa yang berselindung di sebalik rahmat perkongsian kuasa.

"Keluarlah dari terus terperangkap dengan naratif DAP dan terkongkong dalam pembulian minda cauvanis parti itu," tambahnya.