Halaman

Jumaat, 2 Disember 2016

#PRU14: #MCA Perlu Keluar Dari Perangkap Naratif & Pembulian Cauvanis #DAP - Tegas @Azwanbro @LiowTiongLai #BN #PAU2016


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun mengingatkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai agar berhenti terlebih melatah dan menuding jari jikalau pemimpin-pemimpin MCA takut berhadapan dengan pemimpin DAP.

"Dato' Seri Liow tidak seharusnya mengatakan kegagalan MCA dalam memperolehi undi kaum Cina dalam pilihanraya adalah masalah BN sedangkan MCA takut menyaingi parti DAP.

"Ramai orang hairan mengapa pemimpin-pemimpin MCA tidak berani mengkritik pemimpin DAP.

"MCA sepatutnya mencontohi kepimpinan UMNO ketika berhadapan dengan isu fundimental Islam yang amat sensitif, UMNO tetap dengan pendirian sederhana dan sedia mengambil risiko demi kerukunan BN," tambah Azwan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkannya hari ini sebagai mengulas kenyataan Liow semalam yang mengkritik intipati ucapan penangguhan Naib Ketua Pemuda itu.

Mengulas lanjut, Azwan berkata, MCA sepatutnya tampil mengajak pengundi Cina merenung sejenak semangat di sebalik ucapan saya.

"Bukankah banyak bukti bagaimana melalui BN kepentingan masyarakat Cina terbela contohnya sekolah Cina yang walaupun banyak desakan dibuat tetapi MCA mampu mempertahankan kerana inilah semangat BN sebenar.

"Jadi janganlah hanya inginkan yang manis manis sahaja tetapi soal risiko dan berhadapan dengan DAP diambil jalan selamat," tegas beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Azwan yang juga dikenali sebagai Azwanbro turut menzahirkan keyakinan bahawa ramai ahli-ahli MCA mahu melihat pemimpin mereka berani dan lantang lawan musuh politik.

"Presiden MCA keluarlah dari kepompong pemikiran selesa yang berselindung di sebalik rahmat perkongsian kuasa.

"Keluarlah dari terus terperangkap dengan naratif DAP dan terkongkong dalam pembulian minda cauvanis parti itu," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.