Halaman

Khamis, 26 Januari 2017

#TransformasiNasional2050: #PemudaBN Sedia Ketengah Jurucakap Muda Akar Umbi - @Azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ @Zahid_Hamidi #TN50 #PRKTanjungDatu



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia menyambut baik serta menyuarakan sokongan padu mereka terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.


Timbalan Pengerusinya, YB Senator Khairul Azwan Harun berkata sebagai tanda sokongan penuh Pemuda BN bersedia untuk mengenengahkan jurucakap dari kalangan anak muda bagi membantu menjayakan dasar pembangunan baru kerajaan itu.

“Sebagai tanda sokongan penuh terhadap inisiatif TN50, Pemuda BN bersedia untuk mengenengahkan jurucakap mewakili suara muda peringkat akar umbi bagi memberi input dan menyumbang kearah TN50.

Anak-anak muda tanpa mengira latar belakang disaran tampil untuk menyumbang idea, pendapat serta pandangan untuk diterjemahkan dalam dokumen akhir pelan pembangunan jangkamasa panjang itu.

“Pemuda BN menyeru anak-anak muda tanpa mengira latar belakang, fahaman dan bangsa untuk tampil menyumbang idea serta pandangan agar ianya dapat diterjemahkan dalam dokumen akhir TN50 agar ianya benar-benar dapat mewakili hasrat dan suara akar umbi,” ujar Azwan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda BN Perak, di Menara Dato' Onn, di sini Selasa lalu.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan dasar baru pembangunan negara itu pada pembentangan Bajet 2017, Oktober tahun lalu.

TN50 akan melalui proses dan gerak kerja selama tiga dekad ini akan membentuk Malaysia menjadi satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa, mampan dan berminda 'par excellence'.

Piliharaya Kecil DUN Tanjung Batu

Dalam kenyataan media yang sama, Azwan turut mengumumkan kesediaan Pemuda BN Pusat untuk memberikan komitmen dan sokongan penuh terhadap gerak kerja Pemuda BN Sarawak menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Tanjung Datu.

“Bagaimanapun, Pemuda BN Pusat yakin akan kemampuan Pemuda BN Sarawak dibawah pimpinan YB Dato' Sri Fadillah Yusof membantu YAB Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg merealisasikan dan meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem,” katanya.

PRK DUN Tanjung Datu diadakan berikutan kematian Allahyarham Tan Sri Adenan pada 11 Januari lalu akibat masalah jantung.

Pada Pilihanraya Negeri (PRN) ke 11 yang lalu, Allahyarham Adenan berjaua mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2006 itu dengan majoriti besar iaitu 5,892 menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jazolkipli Numan.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 4hb Februari 2017 sebagai tarikh penamaan calon, mengundi awal pada 12 Februari manakala 18 Februari hari membuang undi bagi PRK DUN Tanjung Datu.


Rabu, 25 Januari 2017

#PRU14: #PemudaBN Perak Nyatakan Komitmen & Sokongan Penuh Terhadap Dr @ZambryOfficial - @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #PemudaBN #Perak #Amanjaya


Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak sebulat suara menyatakan komitmen serta sokongan penuh kepada kepimpinan Pengerusi BN Negeri Perak, YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang juga merupakan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Pengerusinya, YB Senator Khairul Azwan Harun berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat rasmi Pemuda BN Perak, yang dihadiri oleh semua jawatankuasa Pemuda BN Perak yang baru dilantik.

“Kunci kepada kejayaan BN negeri Perak adalah hasil kepimpinan beliau dalam memastikan hak semua rakyat terbela tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

“Dengan moto ‘Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir’, setiap lapisan masyarakat menikmati limpahan manfaat pembangunan dan kemajuan bukan hanya dari aspek ekonomi malah mencakupi aspek sosio dan pendidikan, ” ujar Azwan yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda BN Perak di Menara Dato' Onn, di sini semalam.

Senator Azwanbro memimpin bacaan doa sebelum memulakan mesyuarat.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 14, Azwan menegaskan bahawa Pemuda BN Perak sedang berada difasa terakhir memperkukuhkan jentera pilihanraya.

“Antara yang diputuskan dalam mesyuarat hari ini (semalam) adalah 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) disasarkan untuk diberikan tumpuan dan diperkukuhkan jentera bagi menghadapi PRU-14.

Ini kerana terdapat ahli-ahli sesama parti komponen di kawasan DUN sasaran yang saling tidak mengenali dan ini menyukarkan komunikasi.


Senator Azwanbro menyerahkan surat pelantikan dan akujanji kepada Pegawai Pemuda BN Perak di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.

"Ini akan kita perbetulkan manakala komunikasi antara parti akan ditingkatkan," tegas Azwan.


Pemuda UMNO negeri turut menyuarakan komitmen untuk sama-sama membantu dan berganding bahu bersama rakan-rakan komponen negeri bagi merealisasikan semangat kesepakatan Barisan Nasional tercapai.

Hadir sama, Khairul Shahril Mohamed; Ketua Pemuda UMNO negeri Perak merangkap Timbalan Pengerusi Pemuda BN Perak.