Halaman

Rabu, 25 Januari 2017

#PRU14: #PemudaBN Perak Nyatakan Komitmen & Sokongan Penuh Terhadap Dr @ZambryOfficial - @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #PemudaBN #Perak #Amanjaya


Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak sebulat suara menyatakan komitmen serta sokongan penuh kepada kepimpinan Pengerusi BN Negeri Perak, YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang juga merupakan Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

Pengerusinya, YB Senator Khairul Azwan Harun berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat rasmi Pemuda BN Perak, yang dihadiri oleh semua jawatankuasa Pemuda BN Perak yang baru dilantik.

“Kunci kepada kejayaan BN negeri Perak adalah hasil kepimpinan beliau dalam memastikan hak semua rakyat terbela tanpa mengira bangsa dan latar belakang.

“Dengan moto ‘Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir’, setiap lapisan masyarakat menikmati limpahan manfaat pembangunan dan kemajuan bukan hanya dari aspek ekonomi malah mencakupi aspek sosio dan pendidikan, ” ujar Azwan yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia dalam satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemuda BN Perak di Menara Dato' Onn, di sini semalam.

Senator Azwanbro memimpin bacaan doa sebelum memulakan mesyuarat.

Mengulas mengenai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke 14, Azwan menegaskan bahawa Pemuda BN Perak sedang berada difasa terakhir memperkukuhkan jentera pilihanraya.

“Antara yang diputuskan dalam mesyuarat hari ini (semalam) adalah 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) disasarkan untuk diberikan tumpuan dan diperkukuhkan jentera bagi menghadapi PRU-14.

Ini kerana terdapat ahli-ahli sesama parti komponen di kawasan DUN sasaran yang saling tidak mengenali dan ini menyukarkan komunikasi.


Senator Azwanbro menyerahkan surat pelantikan dan akujanji kepada Pegawai Pemuda BN Perak di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.

"Ini akan kita perbetulkan manakala komunikasi antara parti akan ditingkatkan," tegas Azwan.


Pemuda UMNO negeri turut menyuarakan komitmen untuk sama-sama membantu dan berganding bahu bersama rakan-rakan komponen negeri bagi merealisasikan semangat kesepakatan Barisan Nasional tercapai.

Hadir sama, Khairul Shahril Mohamed; Ketua Pemuda UMNO negeri Perak merangkap Timbalan Pengerusi Pemuda BN Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.