Halaman

Ahad, 26 Mac 2017

Pakatan Harapan adalah Pakatan Pro-DAP dikuasai @LimKitSiang - Senator @Azwanbro #PKR #PPBM #PartiAmanah #ProDAP




Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menyifatkan Pakatan Harapan yang dibentuk dengan penyertaan terbaharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai pakatan pro-DAP.
Tegasnya, keadaan itu menyebabkan kebanyakan anggota parti pembangkang yang menyertai pakatan berkenaan keliru dan bercelaru.
“Pakatan pro-DAP ini diketuai oleh Lim Kit Siang. Ini jelas. Semua parti yang menyertai Pakatan Harapan tahu bahawa Pakatan Harapan ini adalah pakatan pro-DAP sebab itu ahli-ahli mereka mula bercelaru dan mereka juga menjadi semakin gusar kerana pemimpin parti masing-masing tidak boleh membuat keputusan, sebaliknya (bergantung) kepada Lim Kit Siang semata-mata,” katanya kepada Astro AWANI selepas Sesi Dialog Santai Bersama Azwan Bro di Publika, semalam.
Justeru katanya, beliau tidak hairan jika setiap keputusan hanya akan dilakukan DAP dan bukan secara muafakat dalam parti.
“Jadi siapa yang buat keputusan atas segala-galanya? Lim Kit Siang iaitu diktator DAP yang akan membuat keputusan ke atas Pakatan Harapan kerana ia adalah pakatan Pro-DAP,” ujarnya lagi.
Isnin lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan sebulat suara menerima PPBM ke dalam gabungan itu.
Ia menjadikan Pakatan Harapan kini dianggotai PPBM, DAP dan Amanah dan bergerak sebagai sebuah gabungan parti tanpa keanggotaan Pas.
Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, hubungan Pas dan PPBM terputus secara rasmi selepas parti itu menyertai Pakatan Harapan.

Sumber: Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.