Halaman

Khamis, 26 April 2012

MAJLIS RAMAH MESRA PEMUDA KG TELUK BHARU BERSAMA PEMIMPIN

Pemenang Pertandingan Karom
KAMPUNG GAJAH  (22hb APRIL 2012) - Ketua Pemuda UMNO Perak telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Pemuda Bersama Pemimpin yang telah diadakan di Kampung Teluk Bharu anjuran Pemuda Cwangan Teluk Bharu bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Khairul Azwan bersama EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak tiba di Dewan Orang Ramai Kg Teluk Bharu sekitar jam 12.15 tengahari dan disambut oleh Pak Ya selaku Pengerusi JKKK bersama hampir 100 orang penduduk kampung terutamanya ahli-ahli pemuda.

Azwan turut menyampaikan hadiah berupa hamper kepada para pemenang pertandingan 'karom' serta sumbangan kotak makanan kepada penduduk yang kurang berkemampuan. Selepas makan tengahari, beliau meluangkan masa hampir 4 jam beramah mesra dengan masyarakat Kg Teluk Bharu.

Di samping berdepan dengan tugas-tugas berat sebagai Ketua Pemuda Perak dan Timbalan Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, beliau tetap meluangkan masa untuk memenuhi atau menghadiri undangan program-program yang dianjurkan di Bahagian Pasir Salak.

AzwanBro menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.


Makan bersama Ketua Kampung.

Berkesempatan bermain Ping Pong bersama pemuda cawangan di Dewan Orang Ramai Kg Teluk Bharu.


Isnin, 23 April 2012

KONVOI MOTOSIKAL PEMUDA KE TELUK SENANGIN

Ucapan Pelancaran Konvoi oleh Ketua Pemuda Perak


Peserta konvoi dilepaskan
SEBERANG PERAK - (21 April 2012) Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Khairul Azwan Harun telah dijemput oleh Pergerakan Pemuda UMNO Seberang Perak bagi melancar atau melepaskan Konvoi Motosikal Ke Teluk Senangin pada jam 12.30 tengahari semalam.

Konvoi seramai 100 orang ahli-ahli pemuda Cawangan Seberang Perak itu akan bermalam di Teluk Senangin. Beberapa acara telah diatur sepanjang mereka berada di Teluk Senangin antaranya Ceramah Bongkar Rahsia yang akan disampaikan oleh Saudara Faizal Effendi B. Hasim bekas Naib Ketua Pemuda Negeri Perak.

Menurut Saudara Sabri B. Putih selaku Naib Ketua Pemuda Cawangan Seberang Perak, tujuan konvoi dan bermalam di Teluk Senangin itu diadakan adalah untuk menerap nilai-nilai murni dan jati diri peserta konvoi yang rata-ratanya berumur 40 tahun kebawah.

Aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang berada di Teluk Senangin dapat membentuk disiplin serta semangat sayangkan agama, bangsa dan negara.

Peserta diminta berjanji untuk mematuhi undang-undang jalanraya sewaktu menunggang motosikal selain beberapa aktiviti keagamaan yang telah dirancang sepanjang berada di Teluk Senangin. Dalam ucapan alua-aluannya, Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada Saudara Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak kerana sudi membantu membiayai program mereka.

KP bergambar bersama peserta konvoi


YPS™ ~ mengucapkan TAHNIAH kepada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Seberang Perak atas kejayaan menganjurkan program ini.

Rabu, 18 April 2012

PEMUDA PRIHATIN BN PERAK BANTU MANGSA BANJIR DI KUALA DIPANG

KUALA DIPANG (17 April )- Seramai kira-kira 200 orang sukarelawan Skuad Prihatin Pemuda BN Perak diketuai oleh Saudara Khairul Azwan Harun turun padang bagi membantu mangsa banjir di sekitar Kuala Dipang.

Antara NGO yang menhantar sukarelawan adalah Pergerakan Pemuda UMNO , Yayasan Bina Upaya dan Pergerakan Pemuda PPP serta dibantu oleh beberapa agensi kerajaan.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak menghantar seramai 44 orang serta sebuah lori bagi membantu kerja-kerja membersih kawasan yang terlibat.

YPS dimaklumkan oleh penduduk setempat, Barisan Nasional sentiasa menghantar sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir bermula dari berlakunya banjir sehingga ke hari ini.

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Ramai mangsa-mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Lihat video2 dan gambar di bawah.


Taklimat Ketua Pemuda sebelum operasi bermula.


Salah sebuah rumah yang memerlukan bantuan Skuad Prihatin Pemuda. Kami telah berjaya membersihkan sekitar kawasan rumah serta membuang segala kelengkapan serta perabut yang telah musnah akibat banjir.



Azwan Bro menaiki lori bersama-sama Skuad Prihatin Pemuda BN Pasir Salak

Saudara Putra nangkap gambor boss. Masuk FB ke bro?


Jangan terojun boss. Pegang kuat-kuat!!!

KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN.

Pemuda harapan bangsa
Semoga AzwanBro menjadi pemimpin yang di sayangi, dihormati dan digeruni.
 

Isnin, 16 April 2012

PTPTN :Politik Kotor Anwar

Teman nak bagi sikit info tentang PTPTN ni. Mungkin ramai yang udah tau, mungkin ade yg belum tau.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu telah mengambil cuti selama dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.

Hari ini Si Anwar sibuk menghasut mahasiswa berdemonstrasi menuntut kerajaan menghapuskan PTPTN. Kenapa sebelum ditubuhkan dulu tidak dibuat kajian mendalam.

YPS™ kesian nengok budak-budak yang terjerit-jerit di jalanraya tu. Langsung dah tak macam mahasiswa lagak deme. Udah macam pendatang haram (berdemonstrasi dekat Depoh Tahanan Imigresen) pun ada.


YPS™ ~ rasa nak mencarut pun ader. Nak maki hamun pun ada. Ishhhhhh!!!~


Sent from my BlackBerry® Smartphone

Ahad, 15 April 2012

SiTANGGANG MODEN :AZMiN ALI PERNAH DiSUMPAH

"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar."

Begitulah doa Mak Tom kepada Allah SWT memohon kepadaNya agar menjauhkan diri anaknya, Azmin Ali dari "cengkaman" manusia laknat yang bernama Anwar Ibrahim. Sebuah doa dari seorang ibu kandung demi seorang anak yang lahir dari rahimnya.

Menurut Mak Tom yang kini berusia 78 tahun itu, beliau begitu seksa menahan sakit ketika mahu melahirkan Timbalan Presiden PKR itu, namun hatinya lebih sakit melihat anaknya sesat meninggalkan dirinya dan keluarga.

Remuknya hati seorang ibu apabila anaknya itu seolah-olah tidak lagi mempedulikan ibu tua itu dan kali terakhir mereka bersua muka adalah pada Ogos tahun lalu.

Menurut kisahnya, Azmin dahulu merupakan seorang anak lelaki yang sangat baik. Dia menjadi harapan keluarga. Malah Mak Tom begitu berbangga apabila anaknya itu dilantik menjadi pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad suatu ketika dahulu.

Namun, segalanya bagai tidak kena apabila anaknya itu dipinjamkan kepada Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Azmin semakin jauh darinya. Sikap Azmin semakin teruk berubah. Dia semakin kehilangan Azmin.

Mak Tom sering disergah Azmin. Mak Tom sering ditengking Azmin. Hati Mak Tom begitu terguris apabila Azmin sanggup memutuskan tali persaudaraannya dengan anak-anaknya yang lain, darah dagingnya sendiri.

Paling melukakan hati ibu tua itu, Azmin menganggap semua benda yang ada di dalam rumahnya itu bagaikan najis dan perlu disamak sekiranya disentuh. Peristiwa itu berlaku pada Hari Raya tahun lalu. Mak Tom menangis pilu.

Diceritakan bahawa kesabaran Mak Tom sampai ke kemuncaknya ketika itu. Disumpahnya Azmin! Perkara yang tidak pernah dilakukan terhadap mana-mana anaknya.

Namun apakan daya, siapa yang dapat menafikan kasih sayang seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya selama sembilan bulan itu? Mak Tom hanya pasrah berdoa kepada Allah agar menyelamatkan Azmin dari kedurjanaan Anwar.

Mengapa Anwar yang mesti dijauhi Azmin? Mengapa Mak Tom mahu pisahkan Azmin dari Anwar?

Mungkin kerana beliau pasti bahawa angkara Anwarlah maka Azmin rosak begitu. Mungkin Mak Tom yakin kerana Anwarlah maka Azmin sesat begitu. Dan itu sememangnya naluri seorang ibu yang menyayangi anaknya dan mahu melindungi anaknya itu dari "syaitonurrajim".

Kalau bukan manusia laknat, takkanlah ibu tua itu sanggup berdoa begitu? Kalau bukan "syaitan", takkanlah Mak Tom mahu Azmin jauhkan diri dari Anwar? Umat Islam digesa untuk menjauhkan diri dari "syaitan" dan mungkin bagi Mak Tom bahawa "iblis" yang merosakkan anaknya itu ialah Anwar.

Persoalannya, mahukah Azmin kembali ke pangkuan keluarganya? Setelah ditaburi kemewahan dan hidup kaya raya di bawah naungan Anwar, mahukah Azmin meninggalkan "gedung emas" duniawi itu?

Sebut apa saja. Wang jutaan ringgit? Rumah bagai istana? Kereta sehebat Ferrari? Kesenangan yang tidak mungkin dapat diberikan oleh Mak Tom? Semuanya kini dimiliki oleh Azmin Ali bersama Anwar.

Meskipun Azmin dikatakan telah merelakan diri menggadai isterinya Shamsidar sebagai habuan nafsu Anwar, Azmin rela demi segala nikmat dunia itu.

Namun, apa yang Azmin tiada ialah kasih sayang dan belaian dari seorang ibu. Dia tandus kepada sentuhan Mak Tom, ibu kandung yang bersabung nyawa melahirkan dirinya. Azmin "miskin" segalanya.

Apalah ertinya hidup apabila kita menderhaka terhadap ibu kita? Apalah ertinya hidup apabila kita tidak diredhai ibu kita? Apalah ertinya segala kemewahan berbanding harga seorang ibu? Apakah Azmin ada terfikir mengenainya? Entahlah..kita doakan saja.

Sumber : http://peraktoday.com/wp/?p=56506

YPS™ ~ ini ler akhlak pimpinan Pakatan Rakyat. Tu pun ada juga rakyat yang mengagungkan mereka.


Sent from my BlackBerry® Smartphone

PTPTN :Mahasiswa Keldai Pakatan Rakyat


Lihat bideo di atas, cuba try test bayangkan bahawa anak-anak yang menjadi pelakon tambahan memegang watak seakan keldai-keldai belaan PR adalah anak2 kite.

Si Pengarah mengarahkan anak kite berkumpul dengan watak masing2, pastu pegang sepanduk sambil menjerit-jerit dengan lagak penghuni Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Mereka pergunakan anak2 kite untuk kepentingan politik deme.

YPS™ nak tanya tuan2 serte puan2, apa perasaan tuan2 dan puan2 nengok & dengo bideo tu??? Kite antor anak kite untuk belajo. Tuntut ilmu. Yo bejaye dapat segulung ijazah. Dapat keroje elok. Gaji lumayan. Tup! Tup! Deme terjerit2 macam berok...

Tak kan tuan2/puan2 beronok-ronok kottt??? Takkan tuan2/puan2 banggey giler??? Kalu beronok2 & banggey giler, tak tau ler teman nak katey aper... Memang patut ler...

Tapi kalau tuan2/puan2 rase tak beronok-ronok, rase marah, rase nak nampo, itu memang perasaan normal sebagai ibu yang syurga di bawah tapak kakinye dan bapa yang merupekan pintu syurga seperti dalam hadis nabi.

Untuk makluman, deme tu udah dirasuk. Bukan rasuk dik hantu. Tapi di rasuk oleh maknusiye yang perangai ngalahkan hantu. Itu sebab anak2 tuan2/puan2 jadi macam tu.

Tuan2/puan2... Kalau anak2 tuan2/puan2 nak keldai @ beruk macam dalam bideo di ataih, tak payah ler hantor masuk IPTA/S. Kah kah kah.

Kerajaan udah sanggup sediakan duit untuk deme belajo. Untuk anak2 kite jadi cerodik. Memang ler bukan biasiswa tapi pinjam. Tapi kire betuah ler juge. Cer kome teraiii pinjam sedare mare, boleh dapat ker????

Bukan anak kiter je nak belajo. Anak orang lain pon nak juge. Udah dapat koje, bayo le balik pelan2. Bukan macam pinjam 'along'. Tak bayo kene ugut, silap gaye kene bunoh.

Nak freeeeee??? Kah Kah Kah. Langsung tak gune akal berpikio... Jangan ikut dakyah Penipu Rakyat (PR) tu. Deme cakap jer. Deme boleh janji macam2 sebab deme bukan pemerintah.

Teman malas ler nak cerite panjang. Teman tau tak semue mahasiswa atau anak2 kite bangang. Tak semua boleh jadi berok. Tak semua boleh jadi keldai macam dalam bideo di atas.

Yang cerodik teruskan belajo. Capai matlamat dan cite2. Buat mak bapak bangge. Dah bejaye, pimpin tanahair kite leklok.

YPS™ nak kabo satu rahsia, kalau kome dapat result cemerlang, kome kompom tak payah bayor balik pinjaman PTPTN tu.

Sabtu, 14 April 2012

TAHNIAH @AZWANBRO!!!: 15 RIBU ANAK MUDA HADIR KE 'HIMPUNAN BN PILIHAN ORANG MUDA PERAK

Naib Presiden UMNO hadir bagi Pelancaran Jentera PRU Pemuda/Puteri BN Perak
Perak merupakan negeri yang pertama melancarkan Jentera Pilihanraya Pemuda/Puteri BN.

YPS™ mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Saudara Khairul Azwan Dato Harun selaku Ketua Pemuda BN Perak atas kejayaan menganjurkan Himpunan BN Pilihan Orang Muda serta Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda/Puteri Barisan Nasional (BN) Perak yang berlangsung di kediaman Menteri Besar Perak bermula jam 12 tengah hari tadi.

Seperti yang YPS™ jangkakan semalam, kehadiran melebihi 10 ribu orang. Jumlah kehadiran tersebut sedikit sebanyak membuktikan bahawa Barisan Nasional tetap menjadi pilihan orang muda. Sekaligus menafikan kempen 'Anak Muda Tolak UMNO' oleh Pakatan Rakyat.

Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda dan Puteri BN Perak tengah hari tadi telah disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO, YB Dato Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Dalam Negeri.

Hadir sama, YAB Dato Seri DiRaja Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak; YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO/BN Malaysia; YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia serta beberapa pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat.

Dengan kejayaan himpunan tadi, berharap  agar Saudara Khairul Azwan Harun selaku Ketua Pemuda BN Negeri dapat terus memimpin serta memantapkan jentera pemuda bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Azwanbro pernah berkata dalam ucapannya di Pelancaran Jentera Pemuda BN Kg Ayer Mati bahawa PRU13 adalah IBU kepada kesemua pilihanraya yang pernah kita tempuhi. BN kali ini berdepan dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Presiden UMNO Malaysia yang gila nak menjadi Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat memiliki kekuatan yang hampir sama dengan Barisan Nasional. Dalam masa yang terlalu singkat (PRU13 dijangka berlaku pada tahun ini) pastinya @azwanbro selaku Ketua Pemuda perlu all-out bagi memastikan agar Perak kekal di tadbir oleh Barisan Nasional.
A L L   O Ȗ T ! ! !

YPS™ ~ Pemuda Pasir Salak berbangga dengan @azwanbro... 

AL FATIHAH :Remaja Maut Selepas Hadiri Himpunan BN Plihan Orang Muda.

AL FATIHAH - Seorang remaja, Meor Mahfuz Meor Abdullah terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di KM 242.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar pada pukul 4.45ptg tadi.

Ketua Polis IPD Kuala Kangsar Supt Abdul Ghaffar Mohamad berkata mangsa yang berasal dari Lenggong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Allahyarham dipercayai menunggang dengan laju sebelum terbabas dan merempuh penghadang di tengah lebuh raya lalu tercampak di atas jalan, katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari Ipoh ke Lenggong selepas menghadiri Himpunan BN Pilihan Orang Muda di kediaman Menteri Besar Perak yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Khairul Azwan Harun selaku Ketua Pemuda UMNO/BN Perak serta seluruh anggota Pergerakan Pemuda BN Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Ketua Pemuda Umno Perak yang berkejar ke tempat kejadian setelah mendapat berita tentang kemalangan itu turut berjanji akan menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa.






YPS™ ~ bersimpati dengan apa yang berlaku. Semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan hambaNya yang beriman & beramal soleh.
 
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Jumaat, 13 April 2012

LGBT :5 NGO RANCANG PERHIMPUNAN AMAN SABTU DEPAN

KUALA LUMPUR, 13 April - Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Jumaat mengemukakan permohonan permit kepada polis untuk mengadakan perhimpunan aman menentang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Dataran Merdeka pada Sabtu depan.

NGO lain ialah Gabungan NGO Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu.

Perhimpunan itu dijangka disertai 10,000 orang, kata Presiden JMM Azwanddin Hamzah kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

"Kita menganggap gejala seks bebas dan LGBT merupakan ancaman yang sangat serius kepada negara dan agama.

"Ancaman ini lebih berbahaya apabila ia dijalankan secara terancang dan sulit oleh beberapa pihak yang mempunyai kepentingan sejak kebelakangan ini," katanya. - BERNAMA

YPS™ ~ Nalla kata Anwar Biseksual. Takkan Nalla tipu kot.

GEMPAR!!! KEDIAMAN MB PERAK AKAN DISERBU.

Dianggarkan lebih kurang 10 Ribu anak-anak muda dari seluruh pelusuk negeri Perak akan menyerbu dan berhimpun di Kediaman Menteri Besar Perak bermula jam 12 tengahari 14hb April (Esok).

Anak-anak Muda ini akan berhimpun bagi menyatakan sokongan dan sebagai tanda siap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 bagi memastikan Barisan Nasional kekal memimpin Perak dan Malaysia.

Beberapa orang pemimpin besar Barisan Nasional negeri dan pusat dijangka hadir. Antaranya Naib Presiden UMNO, YB Dato Seri Hishammudin, YB Khairy Jamaluddin selain kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Yang jelas, apabila Barisan Nasional mengadakan perhimpunan, tiada provokasi yang boleh menjejas keselamatan negara.


YPS™ ~ HIMPUNAN BN Pilihan Orang Muda. Anak-anak muda yang cintakan keamanan negara. Tidak seperti Pakatan Rakyat yang sentiasa cuba mencetuskan huru-hara.

Rabu, 11 April 2012

TERKINI!!! Video Amatur Sewaktu Gegaran

Video ini dirakam setelah berlaku gegaran sekitar 8.9 pada skala ritcher.

YPS~ tak jadi bercuti di tepi pantai. BAHAYA!!!!

AMARAN TSUNAMI



Sekitar jam 4.40petang, teman terasa bumi ni seakan bergoyang. Kepala terasa pening jugak ler. Teringat teman pernah lalui senario ini pada tahun 2004 yang membawa kepada berlakunya Tsunami.
Rakan-rakan di Facebook, Twitter dan BBM sedang sibuk update situasi yang sama. Telah berlaku gegaran 8.9 pada Skala Ritcher di Sumatera.
Bacaan 8.9 pada skala Ritcher tersebut menunjukkan Tsunami boleh berlaku. Pihak Indonesia juga telah mengeluarkan amaran Tsunami.
YPS ~ Bersama kita mendoakan agar Allah memelihara keselamatan Umat Islam baik di Malaysia ataupun saudara kita di Indonesia.

PEMUDA BN PERAK :Himpunan BN Pilihan Orang Muda

Pergerakan Pemuda / Puteri Barisan Nasional Negeri Perak akan mengadakan HIMPUNAN BN Pilihan Orang Muda pada 14hb APRIL 2012 (Sabtu) bermula jam 12 Tengahari bertempat di Kediaman Menteri Besar Perak.

Himpunan ini akan berlangsung sebelum Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda/Puteri BN Perak yang juga dijadualkan pada jam 2.00 petang di venue yang sama.

YPS ~ Himpunan ini diharapkan dapat merapatkan lagi saf ahli-ahli BN untuk menghadapi PRU13.

Ahad, 8 April 2012

TIMB PRESIDEN PAS memberi ceramah di Planet of APES




YPS ~ teman tak paham apa yg diucapkan oleh Mat Sabu tu....Beruk2 faham le kot.   Khabarnya kehadiran melebihi 10 ribu ekor BERUK pd malam tersebut. Kah Kah Kah Kah.

BN PERAK KEKAL TRADISI MEMBELA RAKYAT MELALUI NGO2, PERSATUAN DAN KUMPULAN KOMUNITI

@Sidang DUN Perak, Exco Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan, YB Dato’ Zainol Fadzi Paharuddin berkata, mulai 2011 kerajaan negeri sentiasa berusaha menyediakan peruntukan khusus untuk persatuan , NGO dan kumpulan masyarakat yang turut membantu membangunkan masyarakat dan negeri Perak. Antaranya,

  • RM2 juta telah dikeluarkan kepada 288 buah persatuan dan NGO di bawah Program Pengupayaan Generasi Muda.
  • RM1.96 juta telah diberikan kepada 249 buah persatuan dan NGO dibawah peruntukan hal ehwal wanita .
  • RM3.96 juta disumbangkan kepada 669 persatuan dan NGO dibawah peruntukan kepada lain-lain Pertubuhan Bukan Kerajaan.
  • Sebagai tambahan beberapa insentif dan kemudahan lain yang telah diberikan semasa pembentangan Bajet Tahun 2011 iaitu RM5 juta untuk NGO-NGO yang menjalankan pelbagai aktiviti masyarakat.
  • RM2 juta dikeluarkan untuk NGO wanita bagi membantu mereka menjalankan pelbagai kegiatan kegiatan khusus untuk kebajikan wanita.
  • RM2 juta dikeluarkan untuk diagihkan kepada semua Kelab Guru dinegeri Perak dan sehingga 20 Mac 2012, keseluruhan peruntukan sebanyak RM2 juta telah dikeluarkan.
  • RM1.5 juta untuk masyarakat orang asli melaksanakan pelbagai aktiviti mereka.
  • Peruntukan sebanyak RM1 juta bagi Program Pengupayaan Mahasiswa,
  • RM5 juta untuk menyokong usaha memartabatkan seni dan kebudayaan dinegeri Perak melalui Majlis Kebudayaan Negeri Perak.
  • RM454,000 telah diberikan daripada peruntukan RM500,000 kepada kawasan Rukun Tetangga.
  • RM250,200 untuk bantuan pengurusan pusat anak yatim.
  • RM185,100 untuk bantuan pengurusan pusat jagaan warga tua berdasarkan pemberian per kapita sebanyak RM300 seorang.
  • RM200,000 telah disumbangkan untuk pasukan RELA daerah bagi menjalankan program komuniti setempat.
  • RM100,000 kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia Bahagian Perak.
  • RM100,000 kepada Persatuan Bekas Polis Negeri Perak dan
  • RM100,000 kepada Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian negeri Perak
YPS ~ nak tukar kerajaan??? sendiri pikior ler. Di bawah pentadbiran BN, semua pihak merasa nikmat pembangunan.


Khamis, 5 April 2012

SEMANGAT PRU13 :Perak Negeri Pertama Lancar Jentera Pemuda

Pergerakan Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) Perak akan melancarkan jentera pilihanraya pada 14 April ini yang mensasarkan penyertaan lebih 10,000 ahli dari pelbagai parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan mahasiswa dengan matlamat memastikan BN diterima oleh golongan muda kerana hampir 38 peratus daripada daftar pengundi adalah pengundi berumur bawah 40 tahun.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dijangka melancarkan program itu di kediaman rasmi Menteri Besar pada jam 2 petang dan Perak adalah negeri pertama yang melancarkan jentera pilihanraya di peringkat Pergerakan Pemuda dan Puteri BN seluruh Malaysia, sekaligus menjadi contoh kepada negeri yang lain.

“Pergerakan Pemuda dan Puteri BN Perak percaya dengan aspirasi presiden parti yang menaruh keyakinan terhadap kemampuan kedua-dua sayap muda dalam memberi impak kepada transformasi yang ingin dilaksanakan termasuklah bidang politik.

“Pelancaran jentera pilihanraya ini juga turut menekankan mengenai semangat patriostisme dan semangat kewarganegaraan sejajar dengan slogan 1Malaysia Menjana Transformasi serta memupuk semangat setiakawan serta juang untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang selain menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada wadah perjuangan BN ,” katanya kepada pemberita di Ipoh.

“Pergerakan Pemuda dan Puteri bersama-sama  dengan semua wakil rakyat dan barisan kepimpinan BN terus bekerja dan soal membela dan memperkasakan nasib rakyat terus menjadi agenda utama perjuangan parti,” tegasnya lagi.

Nizar Kantoi :Dr Zambry dedah surat Nizar, PR sokong Vale SA

Menteri Besar Perak YAB Dato Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir semalam mendedahkan surat bekas MB Perak YB Nizar Jamaluddin yang menyokong projek Vale SA. Nizar telah mencabar Dr Zambry menyatakan pendirian dan cabaran itu telah disensasikan oleh Media Pakatan Rakyat samada melalui sidang media khas, siri ceramah, blog atau akhbar rasmi pembangkang.

Nizar mencabor Dr Zambry agar membuktikan penglibatan atau persetujuan beliau dalam Projek Vale dan menukar status tanah dari perlancungan ke industri. Akhirnya YAB Dr Zambry mengambil keputusan untuk mendedahkan surat yang pernah dikeluarkan oleh Nizar sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Besar Perak sebelum BN mengambil alih setelah 3 ADUN menyertai/menyokong BN.

Pendedahan telah dibuat di dalam Sidang DUN Perak semalam oleh Dr Zambry yang akhirnya memaksa Nizar mengakui bahawa surat itu dikeluarkan dan ditandatangani oleh beliau. Inilah nilai politik murahan pembangkang. BN cuba sedaya mungkin untuk tidak terlibat dalam permainan politik murahan pembangkang kerana BN mahu menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab serta meneruskan kesinambungan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan pelaburan dan sebagainya.

YPS ~ Nizar ni berpendidikan tinggi tapi akal letak kat kepale lutot. cerodik buah pelior.

ISU PASIR PERAK :Ketua Pemuda BN Perak cabar Ngeh Koo Ham

Cabaran Ketua Pemuda UMNO/BN Perak kepada Pakatan Rakyat khasnya Ngeh Koo Ham ketika sidang media di Bangunan UMNO Perak pada 02 April 2012. Ngeh Koo Ham diminta menyatakan pendirian di dalam Sidang DUN Perak samada beliau menyokong atau tidak eksport pasir ke Singapura sewaktu Pakatan Rakyat mentadbir Kerajaan Negeri Perak selama 11 bulan selepas mereka memenangi PRU12 yang lalu. Saudara Khairul Azwan juga mendakwa mempunyai dokumen sebagai bukti penglibatan Pakatan Rakyat dalam isu penjualan pasir lombong dan pasir sungai ke Negara Singapura. 

YPS ~ Layari Http://www.peraknews.com untuk menyaksikan Sidang DUN Perak secara LIVE dan sama2 kita nantikan apakah Ngeh Koo Ham atau lain-lain Wakil Rakyat PR berani menyahut cabaran Ketua Pemuda BN Perak ini.

Rabu, 4 April 2012

BERSiH 3.0 :Anak muda akan jadi keldai Pakatan Rakyat.

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini jelas mengatakan bahawa Bersih 3.0 adalah PERHIMPUNAN HARAM. Tetapi anak muda dari Soladariti Mahasiswa Malaysia akan tetap nak menyertainya. Kononnya mereka bersama rakyat menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, seperti Bersih 2.0 9 Julai lalu, Bersih 3.0 bakal menyaksikan kebangkitan anak muda menjadi benteng kiri kanan setiap rakyat Malaysia di Dataran Merdeka pada 28 April ni.


Si Mangkuk Ahmad Syukri yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia mengatakan kekalutan dalam daftar pemilih bertambah merisaukan apabila Merdeka Centre dalam kajiannya menyatakan hampir 32 peratus daripada senarai daftar pemilih tidak dapat dipastikan keabsahannya.

Isu utama yang sepatutnya diselesaikan Kerajaan Malaysia melalui SPR ialah peningkatan mendadak ini kerana sistem daftar pemilih di Malaysia masih mengekalkan cara lama selain saluran pendaftaran yang dipertingkatkan.

Korang membangkitkan isu ini berdasarkan kajian Merdeka Centre yang juga boleh dipertikai kesahihannya. Semua pihak telah memperhebatkan kempen mendaftar pengundi baru. Munasabah ler peningkatan pengundi mendadak.
 
Kerajaan dah buat pelbagai transformasi tapi kome masih lagi bodoh diperkudakan oleh Anwar yang memang dari dulu teringin beno jadi Perdana Menteri. Berapa juta ekor kome mampu longgokkan keldai-keldai di Dataran Merdeka tu nanti?

YPS™ ~ Anwar Ibrahim dah terlalu banyak membawa kemusnahan kepada Malaysia & rakyat.

TEKS PENUH 22 SYOR PSC : Diterima Parlimen Tanpa Bahas


Setelah mendengar cadangan dan maklum balas daripada individu/persatuan/pertubuhan berdaftar serta cadangan dan maklum balas daripada ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) dan mengambil kira perbincangan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa Kecil dan pemerhatian daripada Lawatan Kerja, PSC mengemukakan syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya seperti yang berikut:
(I) PERUNDANGAN DAN PINDAAN PERATURAN
1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos
1.1. Jawatankuasa menyusul cadangan dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mengundi awal di Perwakilan Malaysia atau mengundi secara pos.
1.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa untuk membenarkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi di Perwakilan Malaysia adalah sukar bagi SPR untuk melaksanakannya berdasarkan sistem pilihan raya sedia ada dan isu logistik. Pandangan ini turut disokong dengan maklum balas daripada Kementerian Luar Negeri.
1.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan SPR untuk mengkaji kemungkinan untuk membenarkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara untuk mengundi secara pos tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.
1.4. Jawatankuasa mengambil maklum syarat-syarat yang dicadangkan oleh SPR seperti yang berikut:
(a) Telah mendaftar sebagai pemilih; dan
(b) Hendaklah balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun terdahulu sehingga pada tarikh memohon untuk mengundi sebagai pengundi pos.
1.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR berbincang dengan pihak-pihak berkuasa terlibat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat-syarat tersebut dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang yang berkaitan.
1.6. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini juga akan melibatkan pindaan pada seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
1.7. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji suatu kaedah lain yang melibatkan penghantaran kertas undi melalui pos terus kepada pengundi di luar negara dan penghantaran balik kertas undi itu dibuat melalui pejabat Perwakilan Malaysia untuk dihantar terus ke Ibu Pejabat SPR bagi proses pengiraan undi dan proses seterusnya.
2. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media
2.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar SPR mengkaji sama ada membenarkan petugas media untuk mengundi awal atau pun mengundi secara pos.
2.2. Jawatankuasa mengambil maklum kaedah pengundian bagi petugas SPR adalah secara pos.
2.3. Jawatankuasa mengambil maklum ulasan SPR supaya petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos yang akan diwartakan di bawah Peraturan 3(1)(f) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
2.4. Jawatankuasa mengambil maklum semua petugas media yang disahkan oleh majikan sebagai petugas media dan kena bertugas pada hari mengundi di luar kawasan pendaftarannya yang berhasrat untuk mengundi secara pos hendaklah memohon untuk berbuat demikian melalui Borang 1 (Permohonan bagi Kertas Undi Pos) menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
2.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik lebih petugas pilihan raya daripada tempat mereka mengundi supaya dapat mengurangkan bilangan petugas yang perlu mengundi secara pos.
2.6. Jawatankuasa mengesyorkan petugas media diberi kemudahan mengundi secara pos menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
3. Pengundi luar kawasan
3.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) supaya SPR menyediakan kemudahan kepada pengundipengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama daripada Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.
3.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran SPR untuk mengendalikan pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya untuk mengundi di mana-mana tempat mengundi tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya kerana ia melibatkan urusan logistik yang rumit, tenaga kerja yang terhad dan undang-undang sedia ada tidak membenarkan seseorang pemilih mengundi di tempat mengundi yang bukan namanya didaftarkan.
3.3. Jawatankuasa mengambil maklum kehendak Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan warganegara yang bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berhak mengundi di dalam bahagian pilihan raya itu. Manakala Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan seseorang pengundi mengundi di tempat mengundi yang bahagian daftar pemilih yang mengandungi namanya telah diuntukkan.
3.4. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan ini memerlukan kajian dibuat sama ada Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda berhubung dengan isu pemastautinan selain pindaan kepada mana-mana peraturan yang berhubung dengan pilihan raya.
3.5. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji kaedah pengundian terbaik seperti tatacara yang dicadangkan untuk pengundian warganegara Malaysia di luar negara bagi pengundi yang berada di luar kawasan termasuk kaedah pengundian awal tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan.
4. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun
4.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang warganegara yang layak memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih hanya apabila seseorang itu mencapai umur 21 tahun.
4.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara apabila mencapai umur 20 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih dan hanya dibenarkan mengundi apabila seseorang warganegara itu mencapai umur 21 tahun.
4.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pindaan hendaklah dibuat kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.
4.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengkaji cadangan ini untuk dilaksanakan dalam tempoh Parlimen Ketiga Belas.
5. Tarikh pembubaran Parlimen
5.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa di bawah Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
5.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya.
5.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen bukan merupakan kuasa SPR mengikut peruntukan undang-undang dan turut mengambil maklum bahawa kuasa SPR hanya dalam menetapkan tarikh pilihan raya setelah Parlimen dibubarkan.
5.4. Jawatankuasa mengesyorkan tempoh Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh 4 tahun dan hendaklah diperuntukkan dalam undang-undang.
6. Kerajaan sementara
6.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.
6.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh 3 bulan dari tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana pihak yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehinggalah suatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat Persekutuan atau negeri.
7. Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran
7.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan menguatkuasakan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
7.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat kemungkinan maklumat palsu diberikan dalam urusan-urusan seperti yang berikut:
i) urusan pertukaran alamat mastautin di JPN; dan
ii) urusan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR, yang merupakan kesalahan di bawah Akta 5 dan peraturan sedia ada.
7.3. Jawatankuasa mengambil maklum adanya peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mengadakan peruntukan kesalahan bagi mana-mana orang yang memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran pemilih dan pertukaran alamat dalam kad pengenalan.
7.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR dalam menguatkuasakan Akta 5 adalah bergantung kepada kerjasama pihak berkuasa lain seperti polis.
7.5. Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya peruntukan di bawah Akta 5 dan Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 masing-masing berhubung dengan kesalahan memberikan maklumat palsu dalam permohonan pendaftaran dan permohonan pertukaran alamat di kad pengenalan.
7.6. Jawatankuasa mengesyorkan perjawatan tambahan diwujudkan bagi menubuhkan suatu pasukan penguat kuasa khas SPR dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah bidang kuasa SPR tanpa lagi perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.
(II) MENAMBAH BAIK PROSES PILIHAN RAYA
8. Memanjangkan tempoh berkempen
8.1. Jawatankuasa mengambil maklum subperaturan 3(1) Peraturan- Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981 memperuntukkan tempoh minimum 7 hari bagi maksud berkempen.
8.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya SPR menetapkan suatu tempoh berkempen yang lebih panjang dalam sesuatu pilihan raya bagi memberi ruang berkempen yang lebih lama dan pada masa yang sama urusan mengembalikan undi pos dapat dibuat dengan wajar.
8.3. Jawatankuasa juga mengambil maklum pandangan berbeza bahawa tempoh berkempen yang terlalu panjang mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya di samping kos yang tinggi.
8.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mengambil kira semua pandangan yang diberikan dalam menentukan suatu tempoh berkempen menurut peruntukan undang-undang dengan tempoh tidak kurang daripada 10 hari.
9. Akses media yang bebas dan saksama
9.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan akses media yang bebas dan saksama diberi kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
9.2. Jawatankuasa mengambil maklum kesediaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memberikan akses yang adil kepada semua parti dan calon yang diselaraskan oleh SPR.
9.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugasnya termasuk Kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal perkara yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
(III) MENINGKATKAN MUTU DAFTAR PEMILIH
10. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan
10.1. Jawatankuasa menyusuli syor dalam Laporan Jawatankuasa (DR. 3/2011) untuk MIMOS menjalankan verifikasi terhadap daftar pemilih dengan kerjasama SPR dan JPN.
10.2. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh MIMOS itu menunjukkan usaha pembersihan daftar pemilih secara berterusan dijalankan oleh SPR dengan kerjasama JPN. Hasil verifikasi oleh Mimos mendapati tidak wujud pendaftaran berganda (duplicate registration) bagi setiap nombor kad pengenalan 12 angka (KP12) yang dikeluarkan oleh JPN.
10.3. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat di kalangan anggota polis dan tentera yang masih belum memohon MyKad atau MyTentera. Sehingga 20 Mac 2012, terdapat sebanyak 483 rekod anggota polis dan 653 rekod anggota tentera dalam daftar pemilih SPR yang belum mempunyai nombor KP12.
10.4. Jawatankuasa mengesyorkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia memantau dan mengambil tindakan berkenaan perkara yang disebut di perenggan 10.3 dalam tempoh 60 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan di Dewan Rakyat.
10.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan SPR memberi keutamaan kepada usaha berterusan untuk membersihkan daftar pemilih dengan kerjasama JPN bagi memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bagi manamana Pilihan Raya adalah mantap dan bermutu tinggi dari segi kualiti kesahihan dan integriti maklumat (terkini dan sebagainya).
10.6. Jawatankuasa mengesyorkan supaya suatu agensi bebas dan bertauliah seperti MIMOS dapat membantu menyemak daftar pemilih secara berterusan bagi mempertingkat usaha pembersihan daftar pemilih.
10.7. Jawatankuasa mengesyorkan supaya sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen ditubuhkan untuk mengawasi dan meneliti semua usaha penyemakan dan pembersihan daftar pemilih yang dicadangkan di perenggan 10.6 di atas dan melaksanakan tugas-tugas lain yang dirujukkan kepada Jawatankuasa tersebut.
11. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar
11.1. Jawatankuasa mengambil maklum hasil verifikasi oleh Mimos mendapati 324 alamat yang mempunyai lebih 100 orang pemilih dan 938 alamat yang mempunyai antara 51 hingga 100 orang pemilih. Dalam penelitian Jawatankuasa Kecil Usaha Menambah Baik Daftar Pemilih, antara faktor-faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah seperti yang berikut:
i) alamat pendaftaran pemilih yang tidak lengkap;
ii) alamat pendaftaran pemilih yang terlalu umum yang menggunakan alamat seperti ‘kampung’, ‘rumah pangsa’, ‘rumah panjang’ dan ‘jalan’ tanpa butiran nombor rumah yang kebanyakkan berlaku di kawasan luar bandar;
iii) alamat pendaftaran pemilih yang dikongsi seperti alamat tempat asal/kelahiran atau alamat rumah yang disewa yang tidak dikemas kini setelah berpindah; dan
iv) alamat pendaftaran “pinjaman” iaitu alamat yang digunakan oleh seseorang pemilih untuk membolehkan didaftarkan di sesuatu kawasan pendaftaran yang dikehendaki.
11.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR mempamerkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh laporan ini dibentangkan senarai pemilih yang alamatnya diragui di mana terdapat melebihi 50 pengundi di satu alamat yang sama untuk memaklumkan kepada pemilih yang terlibat supaya mereka boleh tampil kepada SPR serta membolehkan SPR mengemas kini dan membersihkan senarai tersebut.
11.3. Hasil kerja penyemakan hendaklah dilaporkan kepada Jawatankuasa yang dicadangkan di perenggan 10.7.
12. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya
12.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan membolehkan bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui dibuat melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
12.2. Jawatankuasa mengambil maklum peraturan sedia ada hanya membenarkan bantahan dibuat terhadap nama pemilih yang dipamerkan semasa Pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.
12.3. Jawatankuasa mengambil maklum daftar pemilih yang telah diperakui boleh dibuat pemotongan atas alasan kematian dan lucutan atau tolakan warganegara setelah Ketua Pendaftar berpuas hati mengenai alasan itu yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
12.4. Jawatankuasa mengambil maklum SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada daftar pemilih atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain hanya berdasarkan kepada aduan mana-mana pihak.
12.5. Jawatankuasa mengesyorkan suatu peruntukan undang-undang dikaji untuk memberikan SPR kuasa untuk memotong nama pemilih yang telah disahkan daripada Daftar Pemilih Induk (DPI) atau memindahkan pemilih dari suatu bahagian pilihan raya ke suatu bahagian pilihan raya yang lain berdasarkan kepada aduan yang dikemukakan oleh pihak awam dengan bukti yang sah.
13. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik
13.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun.
13.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk melaksanakan pendaftaran automatik ini memerlukan pindaan kepada Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.
13.3. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan ini mempunyai asas yang baik, namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan. Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor Jawatankuasa berhubung dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak sebelum terlaksananya cadangan pendaftaran secara automatik.
13.4. Jawatankuasa mengesyorkan SPR membuat kajian dan mengambil tindakan dalam tempoh 12 bulan bagi membolehkan cadangan ini dilaksanakan pada masa hadapan.
14. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya
14.1. Jawatankuasa mengambil maklum senario semasa yang mana jumlah pengundi di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak semakin berkurangan kerana penghijrahan golongan belia ke kawasan bandar untuk mendapatkan pekerjaan.
14.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menggunakan alamat selain alamat di kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan kawasan pendaftaran.
14.3. Jawatankuasa mengambil maklum jika cadangan ini dilaksanakan, implikasinya adalah seperti yang berikut:
i) Jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan, kemungkinan alamat itu tidak dapat disahkan melalui apa-apa dokumentasi yang sah;
ii) Ada kemungkinan orang mendaftar menggunakan alamat yang dia tidak bermastautin; dan
iii) Ada kemungkinan terdapatnya peningkatan bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan atas alasan orang itu tidak bermastautin di alamat yang digunakan jika alamat selain alamat di kad pengenalan digunakan.
14.4. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa warganegara yang layak mendaftar mempunyai hak untuk memilih mendaftar di mana kawasan pendaftaran berpandukan kepada alamat terkini seperti di kad pengenalan. Adalah menjadi tanggungjawab mana-mana orang untuk menukar alamat di kad pengenalannya di JPN jika dia telah berpindah ke alamat yang lain. SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan untuk menukar kawasan pendaftaran mana-mana orang jika orang itu enggan menukar alamat di kad pengenalannya.
14.5. Jawatankuasa mengesyorkan supaya parti-parti politik memainkan peranan dalam menasihatkan pemilih menukarkan alamat pendaftaran yang wajar di JPN sebelum mendaftar sebagai pemilih baru atau mendaftar tukar alamat pusat mengundi dengan SPR.
14.6. Jawatankuasa turut mengesyorkan supaya SPR mengkaji tatacara dan implikasi peraturan yang diamalkan di negara lain yang membolehkan pengundi memilih antara alamat tetap (kampung asal atau tempat lahir) atau alamat tempat bekerja (place of employment) sebagai alamat pendaftaran pengundi khususnya di Sabah dan Sarawak.
(IV) MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN SPR
15. Memperkasakan kedudukan SPR
15.1. Jawatankuasa mengambil maklum penubuhan SPR di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang dianggotai oleh tujuh (7) orang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja dengan mengambil kira peri mustahaknya mendapat kepercayaan awam.
15.2. Jawatankuasa mengambil maklum pandangan dan maklum balas yang mempersoalkan kebebasan SPR.
15.3. Jawatankuasa mengesyorkan bagi menolak dakwaan tentang ketidakbebasan SPR, pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Anggota-anggota SPR dijalankan sebagaimana pelantikan yang dibuat bagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.
15.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan SPR diberi kuasa mengadakan bajetnya sendiri dan diletakkan dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen bagi memastikan isu kebebasan SPR tidak lagi dipersoalkan.
15.5. Jawatankuasa juga mengesyorkan suatu Suruhanjaya Perkhidmatan ditubuhkan untuk melantik pegawai sendiri dan diwujudkan suatu skim perkhidmatan khusus kepada pegawai dan anggota perkhidmatan SPR.
16. Penstrukturan dan pengukuhan SPR
16.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa SPR dalam menjalankan fungsinya di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan memerlukan bantuan dari pihak-pihak lain. Kuasa untuk mendapatkan bantuan ini diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan dan pelantikan pegawai-pegawai yang dibuat di bawah Akta Pilihan Raya 1958.
16.2. Jawatankuasa mengambil maklum sumber manusia yang terhad di SPR dan kebergantungan SPR dengan pihak lain dalam menjalankan fungsinya itu.
16.3. Jawatankuasa mengambil maklum dari pemerhatian Lawatan Kerja ke UK, Jerman dan Denmark, tiga fungsi utama SPR itu dijalankan oleh badan yang berasingan.
16.4. Jawatankuasa mengesyorkan berdasarkan kepada beban dan bidang tugas SPR yang luas, organisasi SPR perlu distruktur semula dengan diberi kuasa yang sewajarnya bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang pilihan raya dijalankan oleh badan penguatkuasaan SPR sendiri dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain, keperluan sumber manusia SPR ditambah dan perjawatan sedia ada dinaik taraf serta peruntukan kewangan yang mencukupi diperuntukkan sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.
17. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya
17.1. Jawatankuasa mengambil maklum wujudnya Akademi Pilihan Raya sejak tahun 2007 dengan sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan yang terhad dalam menjalankan fungsinya termasuklah pendidikan pengundi, kesedaran mengundi dan latihan kepada petugas pilihan raya.
17.2. Jawatankuasa mengambil maklum keperluan memperkasa Akademi Pilihan Raya dengan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan serta diwujudkan bangunan khusus untuk menempatkan Akademi Pilihan Raya yang dilengkapi dengan kemudahan pusat latihan sebagaimana pusat latihan jabatan dan agensi kerajaan yang lain.
17.3. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan menambah sumber manusia, peruntukan kewangan dan kemudahan Akademi Pilihan Raya bagi memastikan matlamat penubuhan Akademi Pilihan Raya, khususnya dalam memberi pendidikan kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya termasuklah warganegara Malaysia tentang hak mengundi dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
17.4. Jawatankuasa turut mengesyorkan suatu Lembaga Penasihat yang dianggotai oleh pelbagai parti politik dan wakil NGO bagi memberi pandangan/nasihat kepada Akademi Pilihan Raya.
18. Pengasingan fungsi utama SPR
18.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiga fungsi utama SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan adalah menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya.
18.2. Jawatankuasa mengesyorkan sebagai langkah jangka panjang, cadangan tiga fungsi utama SPR iaitu untuk menjalankan pilihan raya, menguruskan pendaftaran pemilih dan mengkaji semula bahagian pilihan raya diasingkan kepada tiga badan yang bebas.
(V) PERSEMPADANAN, PEMBIAYAAN POLITIK DAN SISTEM ALTERNATIF
19. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak
19.1. Jawatankuasa mengambil maklum terdapat cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi Semenanjung dengan kerusi negeri Sabah dan Sarawak seperti mana diperuntukkan dalam dokumen Inter-Govenment Committee (IGC) semasa penubuhan Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura memperolehi 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat pada penggal tersebut.
19.2. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa cadangan diperuntukkan 34 peratus daripada jumlah kerusi di Dewan Rakyat adalah bagi memastikan kuasa seimbang boleh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibatkan negeri Sabah dan Sarawak dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.
19.3. Jawatankuasa mengesyorkan suatu kajian terperinci dibuat atas cadangan di atas untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia.
20. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang
20.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan urusan kajian persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri mengambil kira keseimbangan jumlah pemilih termasuk wajaran kawasan luar bandar (rural weightage) dan juga memenuhi prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’.
20.2. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menyemak semula Jadual Ketigabelas Perlembagaan Persekutuan bertujuan memberi makna sepenuhnya kepada prinsip ‘Satu Orang, Satu Undi’ dan mengembalikan wajaran kawasan luar bandar (rural weightage).
20.3. Jawatankuasa mengesyorkan SPR menentukan satu formula yang adil dan saksama berdasarkan satu prinsip yang tetap dalam menentukan jumlah pengundi di sesuatu bahagian pilihan raya dalam satu negeri tidak berbeza dengan ketara.
21. Peruntukan dana kepada parti politik
21.1. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan agar Kerajaan mengadakan peruntukan dana kepada parti politik mengikut jumlah kerusi yang diperoleh dalam pilihan raya dalam usaha untuk menyuburkan sistem demokrasi di negara ini serta membendung gejala rasuah oleh ahli politik dalam pilihan raya.
21.2. Jawatankuasa juga mengambil maklum bahawa mekanisme pelaksanannya perlu dikaji secara mendalam memandangkan ia melibatkan implikasi kewangan Kerajaan serta pindaan kepada aspek perundangan. Perkara ini wajar diberi perhatian untuk dilaksanakan dalam jangka masa panjang.
21.3. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk setiap parti politik mengisytiharkan apa-apa sumbangan yang diterima dari mana-mana sumber semasa kempen pilihan raya.
21.4. Jawatankuasa mengesyorkan Kerajaan mengadakan peruntukan dana dan menggubal formula yang sesuai bagi parti politik dan calon yang menang mengikut jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperolehi dalam pilihan raya mengikut agihan 50% untuk kerusi yang dimenangi dan 50% untuk jumlah undi yang diperolehi, tertakluk kepada apa-apa pindaan undang-undang yang berkenaan dan juga kaedah yang akan digubal.
22. Sistem pilihan raya baru
22.1. Jawatankuasa mengambil maklum bahawa sistem pilihan raya yangdiamalkan di Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang ialah Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post).
22.2. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan untuk menambah baik Sistem Majoriti Mudah (First-Past-The-Post) sedia ada ataupun mengkaji apa-apa sistem pilihan raya lain seperti sistem campuran (First-Past-The-Post dan Proportionate Representation) atau Sistem Perwakilan Berkadaran (Proportionate Representation).
22.3. Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti cadangan ini kerana ia merupakan perkara yang melibatkan dasar yang perlu dipertimbangkan oleh Kerajaan dan melaporkan semula kepada Jawatankuasa seperti di perenggan 10.7.
YPS ~ Sepatutnya laporan ini dibahas sebelum diluluskan. Tetapi bila dewan tidak boleh dikawal, akhirnya speaker dewan meluluskan laporan tu sebelum penangguhan sidang dewan.