Halaman

Jumaat, 19 April 2013

#PRU13: BN IKTIRAF GOLONGAN MUDA @azwanbro



Barisan Nasional Perak mengemukakan 11 calon BN di kerusi DUN dan seorang di kerusi Parlimen terdiri dari golongan muda berumur 40 tahun kebawah pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diadakan pada 5hb Mei akan datang, dalam langkah meremajakan kepimpinan parti sesuai dengan kehendak rakyat.  Daniel Wa Wai How, 25 tahun dari MCA adalah calon termuda BN di Malaysia yang diketengahkan oleh BN Perak. 
Baca di sini.

Danial bertanding di DUN Keranji
Pengerusi BN Perak, Dato' Seri Di Raja Dr Zambry Abdul Kadir berkata "Calon-calon yang diketengahkan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang iaitu golongan profesional seperti doktor, peguam, ahli akademik yang memiliki PhD, guru, pentadbir, golongan agama, pemimpin NGO, kepimpinan wanita serta tidak ketinggalan pemimpin akar umbi.

35 daripada calon yang menggalas harapan BN Perak adalah muka baru. Turut ditampilkan adalah 10 orang calon wanita, 8 di kerusi DUN serta 2 orang di kerusi Parlimen. Manakala Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir akan mempertahankan kerusi DUN Pangkor dan akan ditentang oleh calon muda berusia 25 tahun dari PKR, Saifullah Mohd Zulkifli.

Ucapan Perbahasan Ketua Pemuda UMNO Perak sewaktu membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2012

YPS teringat Ucapan Perbahasan Ketua Pemuda Perak di Perhimpunan Agong UMNO 2012 yang lalu, Saudara Khairul Azwan Dato Harun mewakili UMNO Perak meminta agar kepimpinan tertinggi BN Malaysia melahirkan serta mengiktiraf zuriat UMNO yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan parti. Hari ini, YPS yakin suara beliau didengar. Suara orang muda. Ini terbukti apabila lebih ramai pemimpin muda dipilih untuk mewakili BN pada PRU kali ini.


Khairul Azwan Dato Harun
Apapun YPS nak ucapkan TAHNIAH buat Saudara Khairul Azwan Dato' Harun yang mengorbankan kepentingan politik peribadi beliau dan mendahului kepentingan parti. Beliau sendiri tidak bertanding di mana-mana kerusi baik DUN atau Parlimen. Sebagai Ketua Pemuda Perak, YPS percaya beliau pasti ditawarkan tetapi menolak untuk menjadi calon. 

Sewaktu beliau menghadiri program-program pemuda cawangan di sekitar Pasir Salak, beliau pernah menyatakan beliau menolak untuk dicalonkan pada PRU ke 13. Alasan beliau,
"Amanah sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak lebih besar dari menjadi calon. Memastikan kemenangan calon-calon Barisan Nasional adalah satu tanggungjawab berat yang mesti beliau pikul"
Hari ini, beliau mengotakan apa yang dikata. Beliau berpegang pada prinsip perjuangan. Tiada rasa kecewa malah hari ini beliau sebagai Ketua Pemuda BN Perak terus menggerakkan jentera pemuda demi memastikan kemenangan Barisan Nasional. Inilah yang perlu disemai dalam setiap sanubari pemimpin pelapis hari ini. Semangat inilah yang wajib ada dalam diri pemimpin untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.

 Sekali lagi, TAHNIAH @azwanbro.

Surah Ali Imran (Ayat 38).

"Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Kau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.