Halaman

Ahad, 21 April 2013

#PRU13: PELANCARAN PUSAT OPERASI GERAK GEMPUR PEMUDA BN PASIRSALAK @azwanbro



Hampir 300 ahli-ahli Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak hadir ke Program Pelancaran Pusat Operasi Pemuda BN Pasir Salak semalam (21 April 2013) bertempat di Parit 9, Labu Kubong. Antara yang hadir memberi sokongan adalah Calon DUN N48 Sg Manik, Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin, mantan Wakil Rakyat DUN Sg Manik, Dato Haji Ibrahim Katop dan ketua-ketua cawangan sekitar.

Dalam ucapannya, Saudara Khairul Azwan selaku Pengarah Jentera Gerak Gempur Parlimen Pasir Salak berkata Pusat Operasi ini akan beroperasi 24 jam sehingga tarikh mengundi iaitu 5hb Mei nanti. Beberapa orang petugas akan sentiasa berada di Pusat Operasi ini bagi mengatur dan melicinkan segala gerak kerja sewaktu tempoh berkempen. 

"Ahli-ahli Gerak Gempur Pemuda BN adalah merupakan jentera terpenting parti, saya menyeru rakan-rakan untuk bekerja keras demi memastikan kemenangan ketiga-tiga calon BN kita dalam pilihanraya kali ini. Dengan jumlah kehadiran pemuda pada hari ini, saya yakin BN mampu menang besar di Pasir Salak," kata Saudara Khairul Azwan Dato Harun yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN Pasir Salak.

Calon BN DUN Sg Manik (N48), Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin dalam ucapannya, beliau merasa yakin BN akan menang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ahli Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak yang hadir. Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Pasir Salak kagum dengan semangat yang ditunjukkan pemuda sejak dari Hari Penamaan Calon semalam (20 April 2013). Harapan beliau agar semangat juang pemuda ini berterusan sehingga ke hari mengundi.

Program diselitkan dengan nyanyian lagu "Barisan Kita" oleh semua yang hadir dengan sepenuh semangat untuk bertempur di medan peperangan. Ramai yang berkata bahawa, Pilihan Raya Umum ke 13 ini adalah pilihanraya yang paling hebat dalam sejarah Malaysia.





Dalam temubual oleh RTM sejurus selesai program pelancaran, Azwan berkata beliau memilih Parit 9 sebagai Pusat Operasi kerana di sini terdapat segala fasiliti seperti masjid untuk bersolat dan gelanggang Futsal yang betul-betul terletak bersebelahan pusat ini selain lokasi yang strategik. Beliau juga akan menempatkan beberapa buah meja ping-pong dan karom untuk ahli-ahli melakukan aktiviti sepanjang pusat ini beroperasi.

Ditanya tentang peranan yang akan dimainkan oleh Unit Gerak Gempur Pemuda dalam menghadapi PRU, Azwan berkata bahawa Pergerakan Pemuda BN akan cuba menangani apa juga keadaan dengan berhemah dan jika terdapat sebarang provokasi oleh pembangkang, unit kami menyiasat dan akan cuba meneutralkan keadaan agar segala proses pilihanraya dapat berjalan dengan lancar sehingga ketarikh pengundian.

Selaku Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak, beliau juga meminta agar kesemua Pergerakan Pemuda BN Bahagian membuka pusat operasi di bahagian masing-masing. Pasir Salak adalah antara Pemuda Bahagian yang pertama menubuhkan Pusat Operasi sendiri.

Jom kita pastikan BN menang besar bukan hanya di Pasir Salak, malah di seluruh negara tercinta ini. Kita tumbangkan Pakatan Rakyat!!! Pastikan mereka berkubur di PRU ke 13 ini.


GEGOR!!!! GEMPOR!!!!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.