Halaman

Isnin, 9 September 2013

KENALI @azwanbro: KETUA PEMUDA UMNO/BN NEGERI PERAK #OneBro4NKP


@azwanbro di Himpunan Anak Muda Pasir Salak

Pada siri yang lalu, YPS menceritakan langkah pertama Azwan setelah dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak (klik). Seterusnya YPS ingin menceritakan langkah kedua Azwan setelah berjaya mendaftarkan lebih dari 14,000.00 pengundi muda di Negeri Perak.

Selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak, Azwan sedar tugas berat yang beliau galas. Mengambil kira hakikat yang Perak pernah tewas pada Pilihanraya Umum ke 12 pada tahun 2008, beliau memulakan langkah mempersiapkan Jentera Pemuda Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang ke 13.

Untuk itu, beliau bersama pimpinan pemuda BN Negeri Perak mengadakan program kajian sikap pengundi muda. Kajian yang mengambil kira pelbagai aspek melibatkan kehendak dan aspirasi anak-anak muda masa kini. Ianya merupakan satu lagi tugas mencabar kerana mengikut rekod PRU ke 12 yang lalu, saluran undi golongan muda berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Yang pasti, demi mengembalikan undi anak-anak muda yang juga dikenali dengan Generasi Y (Gen-Y), UMNO dan Barisan Nasional harus menepati kehendak golongan ini. Ianya melibatkan aspek ekonomi, masa depan dan agama. Apabila kesemua elemen ini dipenuhi, sokongan anak muda pasti kembali kepada BN.

Umumnya begitulah tugas-tugas kajian sikap pengundi  dan menjadi standard operating procedure (SOP) setiap kali pilihan raya. Kedinamikan perkembangan maklumat mengakibatkan pendekatan dahulu yang mungkin berkesan dengan sekelip mata telah menjadi lapuk pada hari ini.

Pendekatan kajian sikap seharusnya berjalan berterusan dan kajiannya harus mendalam. Parti pembangkang telah mengimport pendekatan-pendekatan liberalisasi, hak kemanusiaan dan menanam berbagai-bagai persepsi untuk mencorak sikap pengundi.

Mereka cuba mewujudkan 'branding' atau penjenamaan terhadap BN dan UMNO. Pengundi khususnya pengundi muda diasak dengan persepsi UMNO adalah parti elitis, kerakusan kuasa dan penuh birokrasi. Sebagai contoh, pengikut-pengikut Pas telah diwayangkan dengan momokan takut kepada UMNO melebihi takutnya kepada DAP.

Penjenamaan semula perlu dilakukan agar segala persepsi terhadap BN dan UMNO dapat dikikis. Realitinya sikap pengundi banyak dibentuk oleh persepsi. Dengan pertambahan pengundi baru melebihi 2.9 juta orang dan sebahagian besarnya adalah pengundi muda, Pemuda BN Perak perlu bekerja keras bagi mengelak keputusan PRU ke 12 dari berulang lagi.

Pergerakan Pemuda BN Perak bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri dan beberapa NGO melakukan kajian sikap secara berkala kerana kecenderungan pengundi boleh berubah bergantung kepada strategi kempen khususnya melibatkan pengundi atas pagar.


Hasil dari kajian sikap yang telah dijalankan, Pemuda BN Perak bersama dengan kepimpinan YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia serta seluruh pimpinan pemuda pusat, Azwan mula merangka beberapa program demi memastikan pengundi-pengundi muda akan bersama UMNO/Barisan Nasional.

Mark Philips bekas petugas CIA pernah menulis "bahawa peperangan itu bukannya kemenangan di medan perang tetapi kemenangan untuk menguasai minda manusia."

YPS ~ Pada siri yang akan datang, YPS akan perincikan segala program yang dijalankan oleh Pergerakan Pemuda UMNO/BN Perak sekaligus membantu UMNO/BN membentuk kerajaan di Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.