Halaman

Rabu, 4 September 2013

KENALI @azwanbro: ZURIAT UMNO MENDUKUNG TRANSFORMASI

@azwanbro


Video Ucapan Ketua Pemuda UMNO Perak di Perhimpunan Agung UMNO 2012

YPS ingin membawa pembaca mengimbau kembali Ucapan Perbahasan Ketua Pemuda Perak pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu. Azwanbro selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak diberi kepercayaan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry B. Abdul Kadir untuk mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak bagi membahaskan Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

YPS tertarik dengan usul yang diketengahkan oleh Azwan, agar UMNO melatih dan melahirkan ZURIAT UMNO yang bermutu sebagai pewaris dan memastikan kelangsungan kuasa politik terus berada di tangan parti. Menurut Azwan, Zuriat UMNO tersebut perlu mempunyai 3 ciri utama, iaitu taat dan setia, generasi mesra islah serta senantiasa mensyukuri nikmat, yang akan mewujudkan budaya istiqamah dalam perjuangan.

Pendekatan tersusun juga harus dirangka bagi melaksanakan proses peremajaan dan peralihan generasi dalam UMNO. Beliau mewakili UMNO Perak mencadangkan parti melaksanakan program 'Political Internship' (Latihan/Praktikal Politik) bagi menempatkan generasi pelapis, khususnya pemimpin mahasiswa dan pertubuhan generasi muda di pusat khidmat wakil rakyat dan parti.

Melalui program tersebut, golongan ini akan terdedah dan terlibat secara langsung dalam program parti selain diberi ruang menterjemahkan idealisme mereka dalam bentuk program, sesuai dengan hasrat dan kehendak kontemporari mereka.

Zuriat UMNO yang bakal dilahirkan ini akan sentiasa mengutamakan perjuangan dan matlamat parti. Dan pada masa yang sama menjunjung tinggi institusi penting negara, Raja-Raja Melayu dipertahankan, Islam akan didaulatkan, keamanan dikekalkan dan perpaduan disuburkan.

Itulah antara isi kandungan ucapan Azwan. Pembaca boleh mendengar dan menilai sendiri apa yang disampaikan oleh Azwan dengan menonton video penuh ucapan beliau. Apa yang penting bagi YPS, beliau bukan sahaja sekadar bercakap kosong tetapi beliau turut mengotakan segala apa yang dikata. 

BUKTINYA, Perak menjadi negeri pertama yang melopori usaha untuk melahirkan dan mempersiapkan golongan belia dalam hal ehwal kepimpinan politik menerusi Program Workshop dan Amanjaya Internship 2013. Seramai 31 belia telah dipilih untuk menjadi pelatih di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) BN di negeri itu.

Program yang dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO dan BN Perak ini merupakan satu initiatif pengkajian politik yang boleh memberi impak positif kepada parti di masa akan datang. Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak telah berjaya memilih seramai 31 orang pelatih terdiri daripada mahasiswa anak Perak dari IPTA dan IPTS di seluruh negara termasuk yang menuntut di luar negara.
.
Mereka ini semua telah pun ditempatkan di 31 buah pusat khidmat dan komuniti ADUN BN di Perak dan kesemua pelatih ini akan menjalani program internship yang mana mereka akan didedahkan kepada empat modul.
Menurut Azwan, modul pertama adalah berkaitan aspek pentadbiran yang merangkumi petadbiran pejabat pusat khudmat ADUN. Untuk modul kedua pula adalah meliputi aspek kajian sikap di kawasan DUN terlibat manakala modul ketiga lebih menyentuh kepada hal ehwal pengurusan acara.
Menerusi modul ketiga, pelatih akan didedahkan kepada aspek pengurusan acara seperti cara-cara untuk merancang program seperti program bertemu pelanggan atau program sambutan perayaan yg dianjurkan oleh pusat khidmat DUN. 
Yang keempat dinamakan modul turun padang 3P dimana ia satu pendekatan yang dibawa sendiri oleh Menteri Besar iaitu, padang, perasaan dan penyelesaian.  
Satu majlis penyerahan kesemua peserta kepada 31 ADUN BN telah diadakan dengan disaksikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Melahirkan ZURIAT UMNO yang menjadi teras perjuangan Khairul Azwan Harun, bertepatan dan selari dengan keperluan bagi menjayakan TRANSFORMASI yang diilhamkan oleh Presiden UMNO, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. YPS yakin, seandainya Khairul Azwan terpilih menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada Pemilihan UMNO nanti, beliau mampu menarik lebih ramai golongan muda menyertai UMNO dan mempersiapkan pimpinan terbaik negara.


Hasilnya, kuasa politik akan terus berada di tangan kita. Dan apa yang lebih penting, ISLAM terus subur di bumi Malaysia.

Sama-sama kita renung dan fikirkan.

Allah SWT bersabda dalam surah Ali Imran ayat 38, yang bermaksud: Ya Tuhan ku. kurniakanlah kepadaku dari sisi Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.