Halaman

Isnin, 30 September 2013

KENALI @azwanbro: LAHIRKAN ZURIAT UMNO DEMI SURVIVAL PARTI #OneBro4NKP



Azwan antara salah seorang panel jemputan Program Kerusi Panas: Wacana Pemikiran Naib-Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah diadakan baru-baru ini.

Video di atas adalah jawapan Saudara Khairul Azwan apabila ditanya apakah yang akan beliau lakukan jika terpilih menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan UMNO yang akan berlangsung pada 12hb Oktober nanti? 

Sejak dari Perhimpunan Agung UMNO 2012, beliau yang berucap mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak lantang menyuarakan hasrat agar UMNO melahirkan zuriat yang berkualiti demi survival parti keramat ini. Klik UMNO-online dan BeritaHarian.


Dimanakah RASIONALnya hasrat beliau untuk melahirkan ZURIAT UMNO??? YPS cuba menyingkap keperluan tersebut bersandarkan kepada keputusan PRU ke 13 yang lalu. Dimana keputusannya jelas dipengaruhi oleh undi golongan muda.


Pengaruh pengundi muda dalam perkembangan politik tanah air kini menjadi semakin penting. Senario politik semasa telah membangkitkan semangat ramai pengundi muda untuk turut serta dalam politik, sama ada kerana minat berpolitik atau mahu menjadikannya sebagai platform untuk menyatakan protes terhadap kerajaan atau isu tertentu.

Bagi yang minat politik, penyertaan mereka adalah kerana ingin terlibat dalam soal menentukan dasar. Sebaliknya, bagi yang lebih radikal, politik dijadikan platform untuk menyatakan rasa tidak puas hati, mengadakan rusuhan, demonstrasi dan sebagainya.


Kita sedia maklum peningkatan jumlah pengundi muda yang cukup memberangsangkan bagi PRU-13 yang lalu. Untuk rekod, sebanyak 19 peratus (2 juta) yang berumur antara 21 hingga 29 tahun dan 22 peratus (3 juta) belia berumur antara 30 dan 39 tahun mendaftar sebagai pemilih.


Dalam senario sekarang, suara anak muda ini tidak boleh dipinggirkan kerana kuasa dan pengaruh mereka dalam politik negara mewakili jumlah yang bukan sedikit. Mereka perlu dilibatkan secara langsung dan diberi peranan mengikut keupayaan masing-masing.


Buktinya, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, turut dipengaruhi oleh pengundi muda yang rata-ratanya pro kepada pembangkang. Kebanyakan daripada mereka telah berjaya diserap dengan sentimen 'ubah' atau tukar kerajaan sekarang.


Mengambil kira 41 peratus (5 juta) pengundi di negara ini merupakan pengundi muda berumur 21 hingga 40 tahun yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kuasa mereka sebagai penentu keputusan pilihan raya amat besar.


Walaupun BN terus mendapat kepercayaan mentadbir negara dengan mendapat majoriti mudah apabila memenangi sebanyak 133 kerusi Parlimen, ada kerusi-kerusi yang jatuh kepada pembangkang kerana undi golongan muda.


Kecenderungan pengundi muda terhadap pembangkang memang membimbangkan apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu memperlihatkan kebanyakkan kerusi di kawasan bandar contohnya di Pandan dan Ampang terus dikuasai pembangkang dengan jumlah undi yang diperoleh calon pembangkang cukup tinggi.


Walaupun hakikatnya isu-isu seperti penurunan harga minyak, penghapusan tol, pemansuhan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merupakan pembohongan pembangkang, ia berjaya menarik ramai golongan muda menyokong pembangkang kerana isu-isu tersebut dirasakan lebih dekat dengan mereka.


Bagi mereka tidak timbul soal pembangkang mampu melaksanakannya atau tidak, kerana yang penting 'ubah' dahulu kerajaan sekarang dan beri peluang kepada kerajaan baru.


Menurut The Asia Foundation sebuah NGO yang menjalankan kajian khusus terhadap 'pandangan orang muda' sejak 2007 menyatakan:

  • Sikap ingin ambil tahu tentang pentadbiran negara dalam kalangan belia meningkat setiap tahun.
  • Kajian pada 2012, Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi terhadap Perdana Menteri berbanding pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkuasa.
  • Manakala Belia Cina pula merupakan kaum paling tinggi meletakkan kepercayaan kepada NGO berbanding kerajaan iaitu sebanyak 60 peratus daripada mereka dan hanya 35 peratus yakin dengan peranan pihak berkuasa.
Kumpulan 'bebas' atau independent (indie)' umpamanya, antara kumpulan yang perlu diberi perhatian kerana kebanyakan daripada mereka tidak menyokong kerajaan kerana merasa dipinggirkan.

Kerajaan sewajarnya mendengar idea dan pandangan selain mengiktiraf kewujudan mereka yang kebanyakannya terdiri daripada belia yang berpendidikan tinggi, profesional dan aktif dalam kerja-kerja sosial.


Golongan muda hanya mahu diiktiraf dan untuk melakukannya perlu ada aktiviti atau program yang dekat dengan mereka. Pembangkang telah berjaya melakukannya. Buktinya, sebahagian besar yang menyertai perhimpunan, demonstrasi yang diadakan adalah golongan muda yang berjaya diperalatkan pembangkang.


JELAS, golongan muda hari ini inginkan perubahan dan transformasi. Mereka inginkan kepimpinan serta kerajaan yang mampu membela dan menyediakan segala keperluan masa hadapan yang baik buat mereka. UMNO harus bergerak maju seiring dengan peredaran masa.


Justeru itu, YPS melihat pendekatan melahirkan ZURIAT UMNO yang diilhamkan oleh Calun Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun menepati segala aspek bagi menarik golongan muda untuk bersama-sama UMNO dan BN sebagai persediaan menghadapi cabaran Pilihanraya Umum ke 14 nanti.



YPS ~ Semoga segala hasrat dan impian murni anak muda ini dirahmati dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.