Halaman

Isnin, 30 September 2013

#PTPTN: 412,245 PEMINJAM TIDAK BUAT PEMBAYARAN BALIK


Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin seramai 412,245 peminjam daripada1.24 juta keseluruhan peminjam tidak membuat bayaran balik kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 31 Ogos lepas. Kaum Melayu mencatatkan jumlah tertinggi, seramai 328,550 diikuti Cina (55,445) dan India (28,250).
 
Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat di sini hari ini. Lim dalam soalannya meminta Menteri Pendidikan menyatakan statistik peminjam mengikut bangsa, jantina dan negeri yang tidak membayar balik pinjaman PTPTN sehingga 16 September lepas.

Tan Sri Muhyiddin berkata, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan dengan menyenaraihitam peminjam ke luar negara dan tindakan saman adalah antara langkah PTPTN untuk meningkatkan tahap kesedaran, kefahaman dan tanggungjawab peminjam terhadap kewajipan membayar balik pinjaman.
 
Beliau menjelaskan tindakan sedemikian juga tidak dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa memberi ruang kepada peminjam. Berdasarkan prosedur kerja sedia ada, PTPTN telah melaksanakan pendekatan fleksibel dalam mendapatkan bayaran balik pinjaman sebelum menyenarai hitam peminjam.
 
Katanya, tindakan menyenaraihitam di Jabatan Imigresen adalah sebagai langkah terakhir dalam memberi peringatan kepada peminjam tegar selepas mereka tidak mempedulikan ingatan supaya membayar balik pinjaman.
 
Katanya, PTPTN telah membuka 12 pejabat PTPTN negeri, dua buah one stop centre dan empat pejabat cawangan di lokasi strategik bagi membolehkan peminjam mengadakan rundingan untuk penyelesaian hutang.

Selain itu, katanya, PTPTN turut memberi insentif kepada peminjam di bawah insentif mengurangkan kos pembelajaran pelajar yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Belanjawan 2013 tahun lepas.
 
Insentif itu meliputi diskaun 20 peraus ke atas baki pinjaman mereka yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam temmpoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga hari ini (30 September 2013).
 
PTPTN turut memberi diskaun 10 peratus setahun kepada peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012.


88.9 Peratus Daripada 1.42 Juta Murid Tahun Satu ke Tahun Enam Menguasai Jawi

Sementara itu, Muhyiddin berkata seramai 1.36 juta daripada 1.42 juta atau 88.9 peratus murid Islam dari Tahun Satu hingga Tahun Enam dapat menguasai Jawi.
 
"Tiada data murid bukan Islam yang celik Jawi kerana hanya murid Islam sahaja yang mempelajari Jawi dalam mata pelajaran Pendidikan Islam," katanya.
 
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan bilangan guru terlatih mempunyai kelulusan dalam bidang penulisan Jawi serta jumlah murid Bumiputera dan bukan Bumiputera yang celik Jawi.
 
Setakat ini, tiada guru terlatih yang opsyen khas dalam bidang penulisan Jawi tetapi mempunyai guru terlatih yang opsyen dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, kata Muhyiddin.
 
"Mereka semuanya mendapat latihan keguruan dan mahir dalam bidang penulisan Jawi," katanya. - Bernama


YPS ~ pinjam... WAJIB DI BAYOR!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.