Halaman

Selasa, 22 Oktober 2013

#PemilihanUMNO2013: JAWATANKUASA PEMILIHAN PERLU JELASKAN KEPERLUAN ADAKAN PENGUNDIAN SEMULA

imageLembaga Disiplin UMNO sering memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota parti itu yang melanggar tataetika UMNO dalam pemilihan kali ini.
Kelihatan amaran itu memberi mesej yang jelas betapa parti itu benar-benar mahu memastikan pemilihan kali ini telus dan mencerminkan semangat transfromasi politik yang diperjuangkan.
Namun, apabila kita menjengah beberapa perisitiwa dan kemelut berkaitan Pemilihan UMNO tahun ini, timbul beberapa persoalan mengenai sejauh mana proses pemilihan kali ini benar-benar berwibawa dan menggambarkan kehendak sebenar akar umbi.
Tumpuan pastinya terarah kepada pertandingan Naib Ketua Pemuda UMNO antara Khairul Azwan Haron dan Jamawi Jaafar yang menempuh proses paling ‘janggal’ dalam pemilihan kali ini.
Mereka dilaporkan terikat dengan jumlah undi sama iaitu sebanyak 73 undi daripada 189 bahagian sebelum timbul pula cerita ‘magic’ mengenai undi daripada UMNO Bahagian Gelang Patah ditolak manakala Pemuda UMNO Bahagian Pensiangan didakwa tidak mengundi sesiapa bagi jawatan pusat.
Jumaat lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali mengumumkan pemilihan semula akan dijalankan di  tiga bahagian sayap parti iaitu Sabak Bernam, Gelang Patah dan Bachok pada Rabu ini – sesuatu yang dianggap ‘gila’ oleh sesetengah pihak.
Timbul persoalan apa pula masalah yang berlaku di Bachok dan Sabak Bernam sehingga memerlukan pegundian semula dijalankan?
“Pertama, jawatankuasa pemilihan mengambil masa terlalu lama untuk buat keputusan. Tindak-tanduk mereka pula seolah-olah tidak cukup bersedia untuk berdepan kemungkinan seperti ini (undi terikat). Keputusan mengadakan pengundian semula sudah cukup meragukan, tetapi apabila hanya tiga kawasan saja terlibat, ia sudah dianggap sesuatu yang memalukan,” kata seorang penganalisis politik ketika dihubungi.
Realitinya, keputusan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda pula telah menimbulkan keraguan dan tanda tanya para 70,000 perwakilan pemuda.
Keraguan mula timbul pada hari pengundian apabila keputusan yang dipaparkan di umno-online tiba-tiba hilang sekitar jam 1.00 tengah hari di mana tertera proses pengiraan akhir undi sedang dijalankan.
Paparan skrin laman Umno-online sekitar jam 1pm 13hb Oktober
Jika laporan-laporan media mahu dijadikan sandaran, Khairul Azwan dikatakan sudah mendahului dengan 76 undi bahagian, tetapi selepas beberapa ketika, keputusan bagi bahagian Bachok dan Kampar dikatakan dimenangi oleh Jamawi maka keputusan yang dikeluarkan adalah 76 – 2 = 74.
Malah, dari awal keputusan yang berakhir 2.30 pagi kebanyakkan media melaporkan Khairul Azwan mendahului Jamawi Jaafar.
Bagaimanapun, ‘kejutan’ terbaru muncul keesokan harinya apabila tiba-tiba media dimaklumkan proses pengiraan semula dijalankan kerana beberapa masalah teknikal sebelum diumumkan kedua-dua calon menerima undi yang sama iaitu 73.
Keputusan ini bukan sahaja mengelirukan perwakilan Pemuda, malah pihak media yang membuat liputan semalaman dengan mengikuti secara dekat setiap perkembangan baru proses pemilihan.
Difahamkan, media turut menerima salinan keputusan awal pengiraan yang menunjukkan Khairul Azwan Harun memperolehi undi dari 74 bahagian manakala Jamawi Jaafar hanya mendapat undi dari 71 bahagian.

Ironinya, pihak jawatankuasa dalam sidang media Jumaat lalu pula gagal menjelaskan satu persatu keraguan yang timbul sehingga jawatankuasa itu dibayangi pelbagai spekulasi berhubung kredibiliti mereka menjelang pengiraaan semula Rabu ini.
Sepatutnya sebelum proses pengiraan semula dibuat, jawatankuasa perlu menjawab semua persoalan yang timbul. Ini bukan sahaja soal siapa menang siapa kalah, ini soal integriti dan kredibiliti jawatankuasa pemilihan.

Turut menjadi persoalan, apakah mesyuarat ketiga-ketiga bahagian yang akan diadakan semula esok turut melibatkan pengundian semula bagi seluruh jawatankuasa sayap pemuda pusat dan bahagian terbabit.

Bagi YPS dan seluruh ahli-ahli UMNO, jawatankuasa perlu memberi penjelasan menyeluruh berkaitan isu ini demi menjaga nama baik UMNO itu sendiri.
Apapun, pemilihan jawatan Naib Ketua Pemuda setidak-tidaknya membuka perspektif menjangkaui isu pokok iaitu sejauh mana kepimpinan UMNO serius mahu melakukan transformasi bagi memastikan barisan yang terpilih dalam pemilihan kali ini bukan sahaja segar dan bebas dari amalan politik wang, tetapi juga bebas dari unsur-unsur sabotaj dan khianat.
Justeru jika Lembaga Disiplin UMNO benar-benar ikhlas mahu memastikan pemilihan kali ini telus, mereka juga patut memastikan Jawatankuasa Pemilihan yang ditubuhkan juga benar-benar telus.
Jika tidak, kenyataan yang dikeluarkan oleh lembaga tersebut – mahu bertindak ke atas mereka yang melanggar etika parti – akan menjadi sesuatu yang sangat melucukan.

Baca lagi di sini

YPS~ nampak usaha menjatuhkan seorang pemimpin muda yang banyak membantu BN merampas kembali Perak pada PRU13 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.