Halaman

Isnin, 11 November 2013

#COMANGO: AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA.

Kerajaan memberi jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuk Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango).
Sambil menyifatkan tuntutan Comango sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Dalam masa sama, beliau turut mengesahkan pertubuhan Sisters In Islam (SIS) bersekongkol dengan Comango antaranya bagi menuntut kebebasan murtad; orientasi seks; lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta kesamarataan antara agama.
“Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama jabatan agama negeri serta agensi penguat kuasa lain akan bersama-sama mengatur langkah dan strategi bagi mencegah aliran pemikiran yang bertentangan dengan Islam daripada berleluasa.
“Pemantauan terhadap individu atau kumpulan yang terlibat dengan pemikiran menyeleweng dan terkeluar daripada syariat Islam ini akan dimantapkan,” katanya ketika menggulung sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE
YPS rasa jemu dengan pemantauan tanpa ada apa-apa tindakan. Jika pihak kerajaan sudah menyifatkan tuntutan COMANGO sebagai pencabulan Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Islam negara ini, pihak yang mempunyai kuasa sebagaimana yang telah diperuntukkan, sewajarnya bertindak lebih tegas dan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.