Halaman

Rabu, 13 November 2013

JOEMAR TUTUP AKAUN FACEBOOK, ELAK DIKESAN POLIS

Akaun facebook rakan pembunuh pegawai operasi Ambank, Joemar Omar atau nama palsunya Osman Saleh telah ditutup.

Penjenayah berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu sedar, pelbagai maklumat telah berjaya dikumpulkan oleh pihak polis melalui informasi dicatatkannya selama aktif di facebook.com.

Maklumat itu barangkali amat berguna untuk polis mengesan lokasi dia bersembunyi pada masa ini.

Menurut maklumat dikongsikan oleh polis, Joemar dipercayai masih memiliki RM428,200 wang hasil rompakan Loade Ardina. Loade diberkas di Kota Tinggi, Johor, setelah 19 hari cuba memboloskan diri untuk pulang ke negara asal.

Polis juga meningkatkan gerakan memburu Joemar yang dipercayai masih berada di dalam negara ini.
Siasatan awal polis mendapati Joemar turut menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat di negeri ini sejak lebih setahun lalu namun bukan syarikat perbankan.
“Kami percaya suspek menetap di Klang dan kini dalam usaha untuk keluar dari negara ini melalui laluan tikus perairan negara bersama hasil rompakan kira-kira RM400,000,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan  pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam
Jom kita bantu pihak polis memberkas mamat ini. Hubungi balai berdekatan dengan segera jika anda terlihat kelibat banjingan Joemar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.