Halaman

Rabu, 13 November 2013

#PAU2013: AHLI PEMUDA UMNO DIBERI RUANG SUARAKAN PANDANGAN @Azwanbro


Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melalui kemaskini halaman 'facebook' dan blog beliau, mengalu-alukan pandangan serta cadangan rakan-rakan pemuda UMNO seluruh Malaysia bagi dipertimbangkan dan seterusnya dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia Disember ini. Segala pandangan serta cadangan boleh dihantar melalui emel ke feedback.pemuda@gmail.com.
Azwan yang telah memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Oktober lalu dilihat mengambil pendekatan terbaik menggunakan media sosial bagi pemuda akar umbi menyuarakan pendapat serta cadangan dalam misi memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO.

Pendekatan sebegini telah pun dimulai oleh pemimpin besar dunia seperti Presiden Amerika, Barrack Obama dan tidak terkecuali Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang sentiasa berkomunikasi dengan rakyat menggunakan email, facebook, twitter dan blog.

Melalui laman sesawang tersebut, pemimpin dapat mendengar segala pandangan rakyat tanpa ada sekatan. Rakyat juga bebas menyalurkan apa juga pandangan, maklumat dan malah kritikan.

Kini, Azwan juga membuka ruang sepenuhnya bagi seluruh golongan muda khususnya ahli-ahli pemuda UMNO Malaysia untuk menyuarakan pandangan serta pendapat untuk dibincang serta dipertimbangkan tindakannya diperingkat tertinggi sayap pemuda.

Semoga pendekatan ini mendapat respon yang baik dari golongan muda diperingkat akar umbi dan diharapkan kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh mereka yang selama ini merasakan suara golongan muda tidak diberi perhatian oleh pimpinan parti.

Dengan cara ini, diharap tiada lagi suara-suara akar umbi yang tidak kedengaran atau sampai ke pengetahuan pimpinan tertinggi sayap parti tersebut seperti yang kita dengar sebelum ini. 

Bagi YPS, ini adalah sebahagian daripada usaha memantapkan serta memperkasakan Pergerakan Pemuda UMNO yang selama ini dianggap lesu oleh banyak pihak.

Satu cadangan dari YPS:
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hendaklah membalas emel yang diterima. Sekurang-kurangnya ucapan terima kasih supaya mereka yang menghantar emel tersebut tahu yang pandangan mereka dibaca dan diberi perhatian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.