Halaman

Jumaat, 24 Januari 2014

BERSAMA KITA DOAKAN SEMOGA HARUN DIN & HARUN TAIB SEGERA SEMBUH

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dilaporkan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Sehingga jam 5 pm tadi, beliau dilaporkan masih tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital petang semalam.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan rombongannya melawat Harun Taib hari ini.
Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din yang sebelum ini dilaporkan kritikal  kini berada dalam keadaan stabil. Beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

YPS kagum dengan prinsip Datuk Dr Harun Din dalam mempertahankan kalimah suci Allah. Dibawah ini adalah kenyataan media Datuk Dr Harun Din yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Oktober 2013 yang lalu. Klik SINI

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya. 

Sehubungan itu beliau yang kini berada di Mekah meminta semua umat Islam mempertahankan kalimah suci itu daripada dirosakkan oleh kumpulan tertentu dan dalam masa sama, menjadikannya asas kukuh di dalam kehidupan. 

Beliau berkata, semua pihak wajib faham iaitu kalimah Allah sebenarnya merujuk kepada Tuhan Yang Esa atau Tuhan Yang Tunggal seperti mana disebut oleh Allah di dalam surah al-Ikhlas dan bukannya tuhan yang berbilang-bilang seperti mana kepercayaan agama Kristian. 

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.