Halaman

Jumaat, 24 Januari 2014

#KalimahAllah: Taktik Baru Murtadkan Umat Islam - Tun Abdul Hamid


KUALA LUMPUR:  Tuntutan gereja Kristian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu adalah bertujuan untuk meyakinkan orang Melayu bahawa agama Kristian adalah serupa dan serumpun dengan Islam, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tujuannnya juga adalah supaya orang Melayu yakin mereka masih beriman dengan Allah biarpun sudah mengikut cara hidup dan bersembahyang mengikut cara Kristian.

Menurut Tun Abdul Hamid, selama 500 tahun agama Kristian bertapak di Malaysia, Gereja Roman Katolik tidak pernah mengatakan Allah itu nama Tuhan mereka malah mempersendakan nama Allah sebagai Tuhan orang Islam dan sekarang pun hanya mahu menggunakannya dalam Bahasa Melayu.

"Selama 500 tahun mereka gagal menarik orang Melayu menganut agama mereka. Ini adalah taktik baru," kata beliau dalam kertas kerjanya pada Forum Kebangsaan Hak Asasi Manusia Dalam Tradisi Islam di sini, hari ini.

Forum itu dianjurkan bersama oleh Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Tun Abdul Hamid juga berpendapat isu penggunaan kalimah Allah itu juag mempunyai tujuan politik iaitu memecahbelahkan orang Melayu dengan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.