Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semasa satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
"Berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang ekoran perletakan jawatan penyandangnya yang juga dari PKR, mesyuarat pimpinan pakatan rakyat memutuskan untuk meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon yang akan mewakili pakatan rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Turut hadir Anwar, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan penasihat DAP Lim Kit Siang.
Semalam ADUN Kajang Lee Chin Cheh, telah meletakkan jawatannya yang disebut-sebut bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Anwar semalam juga menafikan beliau akan mengambil alih tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Dia berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.
Anwar juga menegaskan pemilihan beliau sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Kajang bukan untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu di Selangor.
Sebaliknya Anwar menjelaskan pemilihan beliau bertujuan untuk melonjakkan lagi prestasi kerajaan Selangor yang sudah terbukti berada ditahap yang baik.
Anwar berkata persetujuan itu juga tidak bermaksud menjadikan pengundi di Kajang sebagai mangsa kepada penyelesaian segera kemelut politik parti itu.
"Saya tidak akan gunakan pengundi Kajang untuk selesaikan masalah di Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR dekat sini, hari ini.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata PAS akan memberi sepenuh sokongan kepada calon yang diketengahkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pakatan rakyat.
Sementera itu, Mohamad Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baharu ketika ditemui selepas itu hanya memberi reaksi ringkas berhubung pemilihan Anwar sebagai calon.
"Keputusan dah dibuat...saya hanya akan buat kenyataan selepas mesyuarat dengan pimpinan PKR negeri ini," katanya.
Padayappa!!! Tahu kenapa DUN Selangor bersetuju dengan kenaikan gaji Menteri Besar Selangor??? Yang tersirat pasti tersurat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.