Halaman

Selasa, 28 Januari 2014

PM Pertimbang 'Pelan Damai' Anwar, #DamaiAdaMaknaTu @NajibRazak

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mempertimbang cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Barisan Nasional untuk bekerjasama dan bermuafakat ke arah 'pelan damai', dengan berunding bersama jemaah menteri.
   
Perdana Menteri berkata, yang penting ialah negara sentiasa aman dan dapat menentukan kesejahteraan rakyat yang sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.
   
"Biarlah saya berunding perkara ini dengan jemaah menteri nanti.
   
"Apapun ideologi politik atau kefahaman politik, yang penting kita bertindak mengikut lunas undang-undang dan menjaga sensitiviti kaum, agama dan menghormati hak masing-masing berlandaskan prinsip Perlembagaan negara dan undang-undang peringkat pusat dan negeri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress' di sini hari ini.
   
Beliau berkata demikian ketika mengulas tawaran Anwar Ahad lepas yang dilaporkan mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Najib juga berkata, selepas pilihan raya umum lalu, beliau telah membangkitkan mengenai permuafakatan nasional dan apabila pilihan raya selesai, kedua-dua pihak mesti menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat.
   
"Itu sebagai prasyarat untuk mencapai permuafakatan nasional tetapi kita tahu pihak pembangkang tidak mahu menerima keputusan tersebut yang telah membuat perhimpunan dan terus menuduh kita membuat penipuan melibatkan kononnya 40,000 pengundi warga Bangladesh.
   
"Semuanya jelas terbukti fitnah dan tidak ada asas sama sekali. Sekarang timbul pula cadangan yang kita telah buat pada peringkat awal," katanya.
   
Mengulas mengenai isu kalimah ALLAH yang antara lain terkandung dalam cadangan Anwar, Najib berkata kerajaan membuat pendirian berhubung perkara itu seperti yang dinyatakan selepas Mesyuarat Tertinggi Umno baru-baru ini.
   
"Pendirian dah jelas dan kita harap semua pihak dapat menerima pendirian ini supaya ia tidak menyentuh penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka dalam keadaan aman dan bebas.
   
"Pendirian kita dah jelas dalam hal ini, yang penting untuk semua pihak memahami akan keputusan yang dibuat oleh kerajaan," katanya.  - Bernama

 Anwar Ibrahim berucap pada program 'Perutusan Khas Untuk Rakyat' pada Ahad.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.
Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.
Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.
"Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.
Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.
"Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat," katanya.
Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik.
"Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti," katanya.
Apapun, Datuk Seri Najib perlu berhati-hati dengan 'pelan damai' yang dicadangkan oleh Anwar.

Melihat kepada beberapa cadangan yang disebut oleh Anwar, YPS merasakan ada agenda tersembunyi yang terkandung didalam pelan tersebut.

Anwar terlebih dahulu perlu mengakui ketulusan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan menerima keputusan pilihanraya umum kali ke 13 yang lalu. 

Keduanya, beliau perlu mengakui ada pihak-pihak yang sedang mengancam keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Bagi YPS, memang ada konspirasi oleh pihak-pihak tertentu yang berusaha untuk menggugat Islam sebagai agama persekutuan selain menghapuskan  ketuanan Melayu.

Selain itu, Anwar selaku ketua pembangkang perlu menasihati rakan-rakan beliau didalam Pakatan Rakyat agar berhenti mempolitikkan agenda pembangunan negara yang telah dirancang oleh kerajaan.

Contohi pembangkang di negara maju, apabila selesai menghadapi pilihanraya, mereka akan bersama-sama membantu kerajaan membangunkan negara demi kesejahteraan rakyat.

Anwar menyarankan pelan damai tetapi dalam masa yang sama, semalam seorang ADUN PKR mengumumkan peletakan jawatan tanpa sebab yang munasabah.

Pemerhati politik menyifatkan peletakan jawatan ADUN Kajang adalah untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Anwar khabarnya bakal menduduki kerusi empuk Menteri Besar Selangor mnggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas memenangi PRK DUN Kajang.

Sejauh mana kebenarannya, sama-sama kita tunggu dan lihat apakah perancangan Anwar dan rakan-rakannya di dalam Pakatan Rakyat.

Banyak bebeno dah kerosakan yang dilakukan oleh Anwar terhadap negara ini. Kalau nak dituliskan satu persatu, letihhhhh!!!

Jom dengo lagu ni... 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.