Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Feb ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Feb, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.
“Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu,” katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang pada Sabtu.
Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.
Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M,kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang.
“Sekarang ini harga barang telah stabil. Ini merupakan asam garam ekonomi tetapi pokoknya kita mesti terus bersandarkan kepada rakyat mesti didahulukan.
“Kita tak mahu membebankan rakyat, kita cuma alihkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar dan saya percaya subsidi bersasar ini adalah kaedah yang terbaik dan kita sedang fikirkan langkah-langkah baharu yang akan diumumkantidak lama lagi,” kata Najib.
Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan mempersia-siakan mandat yang diberikan rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Kita sedar dan saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sudah tentu sayalah amat sensitif dalam hal ini kerana parti keramat ini iaitu Umno mesti kita pertahankan sebagai parti yang berkuasa, berwibawa secara berterusan,” katanya.
Najib berkata adalah tidak wajar pihak tertentu menyalahkan kerajaan berhubung kenaikan harga barang memandangkan kenaikan itu disebabkan pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.