Halaman

Ahad, 9 Februari 2014

Semakan Status #BR1M3.0 #SemakTerimaSyukur #LoveMyPM @NajibRazak #BN4Malaysia


Sebelum membaca artikel YPS di bawah ini, pembaca boleh klik *PLAY* pada Video Ustaz Kazim Elias (UKE) ini. Sambil membaca, boleh kita dengar apa kata UKE tentang BR1M. 

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tarikh pelancaran BR1M 3.0 iaitu pada 22hb Februari 2014 akan datang. 

Dan pengagihan pula akan bermula pada 23hb Februari 2014. Sementara menanti tarikh tersebut, bolehlah kita menyemak keputusan status permohonan kita.

Menurut makluman rasmi Bahagian Bilik Operasi BRIM, semakan keputusan kelayakan BR1M 3.0 boleh dibuat bermula awal Februari 2014 lalu. 

Manakala pembayaran BR1M akan dibuat menerusi akaun bank pemohon. Berikut adalah cara semak Keputusan BR1M 3.0 Online 2014.

Ada dua cara untuk semak keputusan terima BR1M 2014 ini.

Talian BR1M

1-800-88-2716

Anda boleh cuba menelefon talian telefon diberikan yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja. Jadi, talian tersebut hanya boleh anda dail untuk semak keputusan BR1M dari Isnin sehingga Jumaat sahaja.

Email BR1M

Satu lagi cara ialah dengan menghantar email ke alamat email berikut:

br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my

Anda perlu nyatakan nama serta nombor kad pengenalan dalam email anda tersebut.

Nota: Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

Cara Pembayaran BR1M 3.0 Online 2014

Maklumat akaun bank diperlukan dalam permohonan BR1M 2014 kerana pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun. Pemohon telah dinasihatkan supaya membuka akaun simpanan atas nama pemohon (jika belum mempunyai akaun simpanan) di mana-mana cawangan bank tempatan (BSN/Maybank/CIMB/PBB dan sebagainya). Akaun Tabung Haji dan ASB tidak dibenarkan.

Bagi yang tidak mempunyai akaun bank dan tidak menyertakan nombor akaun bank sewaktu mengemaskini data yang berakhir 31hb Januari yang lalu, pembayaran akan mengikut cara lama.

YPS mengucapkan TAHNIAH kepada rakyat Malaysia yang berjaya dan terpilih untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Nasihat YPS, gunakanlah bantuan tersebut dengan sebaik mungkin. Bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana anda tidak seperti rakyat negara jiran - yang tidak pernah berpeluang mendapat bantuan sebegini dari kerajaan mereka.

Bila YPS menulis RAKYAT MALAYSIA, ianya merujuk kepada semua rakyat yang layak, tanpa mengira fahaman dan ideologi politik; samada anda mengundi Barisan Nasional atau tidak pada PRU ke 13 yang lalu; samada anda (pengundi N25 DUN Kajang) bakal mengundi Anwar Ibrahim pada PRK Kajang Mac nanti; anda semua tetap diberi bantuan tanpa ada pilih kasih.

Itulah hebatnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional. 

Satu lagi pesanan YPS buat penerima BR1M yang pro-PR khususnya ahli PAS, jangan terpedaya dengan dakyah pimpinan anda supaya menyerahkan separuh dari bantuan tersebut kepada mereka.

Gunakanlah sepenuhnya duit tersebut untuk keperluan anda. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.