Halaman

Selasa, 18 Februari 2014

#PRKKajang: 40 Ribu Anggota @PDRMsia Kawal Keselamatan 23 Mac Depan


Seramai 40,000 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada hari pembuangan undi 23 Mac depan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, berikutan itu, penduduk setempat dinasihatkan tidak panik apabila melihat kehadiran anggota polis yang ramai termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

“Ia hanya prosedur operasi standard (SOP) polis dan apa yang kita lakukan untuk membuatkan masyarakat berasa selamat,” katanya.

Polis turut menasihatkan orang ramai, ahli politik dan penyokong parti supaya tidak menimbulkan sebarang suasana tegang atau cuba menjejaskan keselamatan


“Tidak kisahlah apa parti yang kamu tandingi, yang penting ahli politik tidak memainkan isu sensitif yang melibatkan agama dan bangsa.

“Jika ada yang cuba mewujudkan provokasi melibatkan agama dan bangsa, polis tidak akan berfikir panjang untuk mengambil tindakan tegas,” jelasnya.

Tambahnya, setakat ini polis telah membuka kertas siasatan bagi pilihan raya kecil (PRK) Kajang selepas menerima 10 laporan mengenai ceramah tanpa permit.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri menambah, pihaknya telah mengenalpasti wanita yang didakwa menghina Sultan Selangor melalui laman sosial Facebook.

“Polis akan mula merakam keterangan wanita itu secepat mungkin kerana ketika ini dia telah dimasukan ke Hospital Kajang kerana masalah kesihatan,” katanya.

Wanita itu ditahan selepas 12 pihak membuat laporan polis mengenai tindakannya yang menghina Sultan Selangor baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.