Halaman
▼
Selasa, 18 Februari 2014
SOSMA: Kit Siang Bukan Saja Pertikai Khutbah, Tapi Al-Quran
KENYATAAN Lim Kit Siang mempertikaikan Khutbah Jumaat yang disiarkan Roket Kini pada 2 Februari yang lepas (telah dipadamkan) bukan sahaja membawa maksud penasihat DAP itu mempersolkan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM, tapi juga ayat-ayat suci Al-Quran (Ayat 120 – Surah Al-Baqarah).
Itu jelas dan nak menafikan pun tidak berguna kerana walaupun sudah dipadamkan, caption dari artikel tersebut bersepah di Internet untuk dirujuk. Tambah memudahkan kerja polis, artikel itu disiarkan oleh kesemua media pro pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysia kini.
Selanjutnya baca di SINI.
Diharapkan pihak berkenaan akan mengambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada.
YPS berpendapat, jika benar Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau perlu ditahan dibawah Akta SOSMA.
Akta baru ini adalah akta yang menggantikan ISA yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011. Sebagai gantinya, pada 16 April 2012 perdana menteri telah membentangkan rang undang-undang terbabit di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.
Pada 17 April 2012 Rang Undang-Undang terbabit diluluskan tanpa sebarang pindaan serta diluluskan juga untuk bacaan kali ketiga.
Seperti juga ISA, SOSMA digubal berdasarkan peruntukan 149 Perlembagaan Persekutuan. Tujuan akta terbabit diperkenalkan adalah untuk mengenal pasti serta membanteras aktiviti pengganas, pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.
#SOSMA: Kuasa Mutlak Polis
Akta ini memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah.
Dalam prosedur penahanan, pihak berkuasa diberikan tempoh 28 hari untuk menahan seorang suspek bagi tujuan siasatan.
1 ulasan:
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.
Salam perjuangan. Terima kasih bro sudi pautkan blog teman. Teman dah pautkan blog paĊitbuntarrebels. :)
BalasPadam