Selasa, 11 Mac 2014

Anwar Ibrahim Umum Tanding Jawatan Presiden PKR

Walaupun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya atas tuduhan meliwat yang menyebabkan beliau hilang kelayakan bertanding sebagai calon PRK Dun Kajang, pada 23 Mac ini, namun Anwar tetap gagah meneruskan karier politiknya apabila memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti itu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, Anwar telah mengumumkan perkara itu dalam pertemuan dengan pimpinan PKR di Bandar Utama pada jam 3.30 petang tadi .

Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara itu juga sah mengikut perlembagaan parti itu.

Bagi menghadapi PRK DUN Kajang, Anwar telah menamakan isterinya Dr Wan Azizah Ismail sebagai penggantinya.

Anwar Ibrahim yang kini berusia 67 tahun, pernah dijatuhkan hukuman penjarakan pada tahun 2000 kerana didapati bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan meliwat.

Sekitar 2004 beliau dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan apabila rayuannya dibenarkan bagi mengenepikan sabitan kesalahan meliwat.

Bagaimanapun, pada tahun 2008, bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

2012, Anwar dibebaskan dari pertuduhan liwat kerana terdapat masalah teknikal dalam pengendalian kes tersebut.

Saiful Bukhari mengfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

7hb Mac lalu, Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful Bukhari dan dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun.

Itulah dia sedikit kisah calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Seorang individu yang pernah didakwa serta didapati BERSALAH atas pertuduhan melakukan seks luar tabii.

YPS bukan menuduh Anwar Ibrahim atas suatu perbuatan yang tidak berlaku di depan mata YPS. Tetapi sehingga kehari ini, Anwar keluar masuk mahkamah atas pertuduhan tersebut.

Sepanjang YPS terlibat aktif di media sosial, baik facebook, twitter dan blog, sekali pun YPS tidak pernah menulis dan memanggil Anwar dengan panggilan Al J*b***. 

Samada benar dia melakukan atau tidak, itu antara dia dengan Allah. YPS menentang Anwar bukan sebab itu tetapi kerana DENDAM beliau terhadap pimpinan UMNO.

Angkara DENDAM tersebut, banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku, BERLAKU. Anwar tahu apa yang telah beliau lakukan.

YPS yakin, kerana DENDAM dan cita-citanya itu, beliau tidak akan berhenti.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..