Rabu, 29 Mac 2017

Guru Wajar Promosi Dasar Baik Kerajaan, Bukan Hentam Secara Terbuka - YB Senator @Azwanbro @NajibRazak @Zahid_Hamidi #Negarakuy.


Pemuda UMNO hari ini menyeru guru serta penjawat awam yang lain untuk mempromosikan dasar-dasar kerajaan yang baik, sebagaimana pekerja disektor swasta, mereka juga tidak boleh menjatuhkan imej majikan mereka kepada umum.

Naib Ketuanya, YB Senator Khairul Azwan Harun menegaskan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memaksa kakitangan awam untuk mengundi parti pemerintah.


"Dalam sektor swasta, apabila seorang pekerja didapati melibatkan diri dalam apa jua cara yang merosakkan imej majikannya, dia dikenakan tindakan disiplin ... Ianya sama di sektor perkhidmatan awam," Azwan kepada pemberita di pejabatnya di sini.


"Pegawai-pegawai kerajaan mesti berupaya untuk mempromosi dasar baik kerajaan, tetapi jika mereka rasa ada kekurangan dan kelemahan, jangan menghentam kerajaan tetapi menyuarakan di dalam saluran yang betul.

Kementerian Pelajaran, hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab telah kepada lima guru kerana didakwa mengkritik kerajaan di atas pentas bersama dengan ahli-ahli politik pembangkang baru-baru ini.

Azwan yang juga merupakan Ahli Dewan Negara berkata, guru-guru dalam perkhidmatan awam yang secara terbuka mengkritik kerajaan telah menyalahgunakan mandat yang berikan pengundi kepada kerajaan.


Tambahnya, tindakan disiplin boleh diambil terhadap guru-guru yang secara terbuka mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang atau Selangor di bawah kawalan Pakatan.


"Ia tidak berdasarkan mana-mana fahaman politik," kata Azwan lagi.


"Jika seorang guru meracuni minda pelajar dengan menghentam kerajaan, itu salah.

1 ulasan:

  1. Setuju. Semua kakitangan kerajaan tidak sepatutnya mencampuradukkan kerjaya dengan ideologi politiknya. Jika mahu aktif dlm politik, eluklah berhenti...ramai lagi yg mahu bekerja.

    BalasPadam


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..