Halaman

Sabtu, 1 Mac 2014

#ApaKabarBro Inisiatif #pemudaUMNO Dekati Rakyat @Azwanbro @NajibRazak #HELB

Pengerusi HELB, YB Anuar menyampaikan cek kepada penerima bantuan baikpulih rumah, Puan Rugayah Mohamed.
Program 'Apa Khabar Bro' anjuran Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pergerakan Pemuda Umno dilihat menjadi platform terbaik sayap itu untuk mendekati golongan pengundi walaupun selepas musim pilihan raya.

Pengerusinya Anuar Abdul Manap berkata selain membantu menyelesaikan masalah penduduk, program itu turut mengenal pasti janji-janji sewaktu pilihan raya umum (PRU) lepas untuk dilaksanakan supaya rakyat terus yakin dengan Barisan Nasional (BN).

"Melalui inisiatif ini, kita dapat kenal pasti beberapa isu yang perlu diambil berat," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah di pusat daerah mengundi (PDM) Batu 10, Cheras, di sini Sabtu.

"Contohnya macam kita lihat tadi, ada jambatan gantung yang usang tetapi masih digunakan penduduk walaupun berbahaya. Selain itu, ada juga masalah berkaitan keadaan jalan," kata Anuar yang juga Anggota Parlimen Sekijang, Johor.

Beliau menarik perhatian bahawa program itu mendapat kerjasama agensi kerajaan dan kementerian termasuk dari segi sumbangan dana untuk membantu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan.

Dalam sesi pertama program itu hari ini, Anuar menyampaikan bantuan RM30,000 sumbangan GiatMara dan Yayasan Felda untuk membaik pulih enam rumah di kawasan itu, selain RM1,000 dari HELB sendiri untuk Rumah Anak Yatim Jalinan Kasih. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.