Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun ditemani Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Zainuri Zainal serta barisan jentera pemuda BN turut meluangkan masa menziarahi Pak Din, bekas Ketua UMNO Cawangan Taman Kantan Permai, Fasa 1, Kajang.
Dalam pertemuan pendek tersebut, Pak Din berkongsi pengalaman memimpin UMNO Cawangan Taman Kantan Permai sewaktu Selangor masih diperintah oleh BN.
Beliau juga menasihati kepimpinan pemuda BN agar bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional pada PRK Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac nanti.
Mengambil contoh isu Projek Langat 2, Pak Din berkata rakyat Selangor pada hari ini terpaksa menanggung kesengsaraan hidup apabila air terpaksa dicatu berpunca dari kedegilan Kerajaan Negeri Selangor membenarkan Kerajaan Pusat meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2.
"Selain isu Langat 2, banyak lagi perkara yang membuktikan kegagalan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat", kata Pak Din.
Sesi 'Walkabout' Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan jentera Pemuda BN di N25 Kajang ini akan diteruskan sehingga tamat tempoh berkempen bagi PRK Kajang seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.