Halaman

Rabu, 5 Mac 2014

@Azwanbro Wakili #YBUDR Serah Cek Tajaan Hoki Piala Sultan Azlan Shah


Kejohanan Hoki Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah 2014 akan berlangsung pada 13 hingga 23 Mac 2014 akan datang di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah Ipoh. 

Kejohanan ini merupakan kejohanan edisi ke 23 di mana pada tahun ini 6 pasukan termasuk Malaysia selaku tuan rumah akan bersaing merebut kejuaraan tahun ini. 5 pasukan lain ialah Australia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Kanada dan China.

Petang tadi, berlangsung Majlis Penyerahan Cek Tajaan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2014 di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Timbalan Pengerusi YBUDR Khairul Azwan Harun hadir  mewakili Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) menyerahkan cek tajaan berjumlah RM50,00.00.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan mencemar duli hadir bagi menerima cek-cek tajaan kejohanan tersebut mewakili pihak penganjur kejohanan.

Kejohanan ini merupakan medan terbaik Ketua Jurulatih baru pasukan hoki negara, Dharma Raj Abdullah menguji barisan pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda bagi mempersiapkan pasukan negara menghadapi cabaran Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda bulan Mei 2014 akan datang. 

Pasukan hoki negara dipercayai mampu bersaing dalam kejohanan ini apatah lagi setiap pemain pastinya ingin memikat barisan kejurulatihan negara merebut tempat selaku pemain yang akan beraksi dalam kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 akan datang.

Hadir sama ke majlis tersebut adalah Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.